Header Ads

"Nyanyi Pandai Ngaji Pandai Tak?" - Netizen Perli Daiyan Trisha Dengan Amelia Henderson Nyanyi Rap

Pelakon Amelia Henderson telah menjadi perhatian orang ramai pada minggu lalu selepas memuat naik sebuah video yang menunjukkan beliau sedang menyanyikan lagu rap daripada bintang rap antarabangsa, Eminem.

Lagu bertajuk Rap God yang dinyanyikan oleh pelakon berusia 22 tahun itu telah mendapat lebih satu juta tontonan umum menerusi Instagram miliknya.

Malah apa yang mengagumkan apabila beliau berjaya menyebut sebanyak 388 patah perkataan dalam masa satu minit dan rata-rata pengikutnya memuji bakat nyanyian rap pelakon Jangan Benci Cintaku itu.

Berikutan itu, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha juga tampil menunjukkan bakatnya dengan lagu rap yang sama apabila memuat naik dua buah video menerusi laman Instagram miliknya.


Apa yang mengejutkan, video tersebut juga berjaya meraih perhatian sebanyak lebih 8000,000 ribu tontonan.

A post shared by amelia thripura henderson (@ameliath) on


Mengaji pandai tak?
Walau bagaimanapun, lain pula berlaku pada Daiyan apabila rata-rata pengikutnya telah mengkritik rap berkenaan dengan mengatakan nyanyiannya tidak sebagus Amelia.




Malah ada netizen yang berani bertanyakan  sama ada penyanyi berusia 24 tahun itu pandai mengaji al-Quran ataupun tidak. Tidak mendiamkan diri, sebaliknya Daiyan sendiri menjawab dirinya bukan sahaja pandai mengaji malah sudah khatam Al-Quran.

FACEBOOK KIM SKIN


No comments

Powered by Blogger.
a