Header Ads

Ibu Lambat Sediakan Lauk Pauk, Anak Pukul Ibu Dengan Penyapu Di Kepala Batas

Lagi kisah si tanggang seorang pemuda sanggup memukul ibunya dengan penyapu hanya kerana si ibu lambat menyediakan lauk dan enggan memberikan si pemuda ini wang.

Berhubung kejadian yang berlaku pada pukul 11 pagi, Selasa lalu di kediaman keluarga mereka di Kampung Pengkalan Bongor, Kepala Batas, Pulau Pinang, suspek yang berusia 35 tahun itu turut memukul adik lelakinya yang cuba menghalang si pemuda berterusan memukul ibunya yang berusia 65 tahun itu.

Berkaitan dengan kejadian itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor sebagai berkata, semasa kejadian itu berlaku, mangsa memberitahu bahawa si pemuda yang merupakan anak kelimanya itu mengamuk dan memaki hamunnya di dalam rumah.

Si pemuda kemudiannya mengambil sebatang penyapu dan terus menerus memukul kepala dan badan ibunya sebelum membaling kerusi plastik dengan kuat ke arah adiknya yang cuba menghalangnya tadi.

Mangsa bagaimanapun telah dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan susulan, pihak hospital mendapati mangsa telah mengalami benjol di bahagian kepala, cedera di belakang badan akibat hentakan yang kuat. Sementara itu adik suspek yang berusia 18 tahun itu turut cedera dan calar di tangan kiri.

Akibat tidak sanggup melihat ibunya di pukul dan tidak tahan dengan perangai si pemuda, adiknya terus membuat laporan polis di balai berhubung kejadian itu, sejurus dengan laporan itu, polis telah menahan suspek di rumahnya.

Pada masa yang sama menurut Noorzainy, si pemuda sebelum ini memang kerap mengamuk dan memaki ibunya apabila gagal mendapatkan wang dari mangsa yang dipercayai digunakannya untuk membeli dadah.

Menurut cerita bapa serta adik beradik suspek yang lain tidak berani melawan kerana suspek mudah mengamuk dan memaki hamun. Namun oleh kerana sudah tidak mampu menahan sabar dengan perangainya, keluarga si pemuda tekad untuk membuat laporan polis di balai berhampiran.

Menurut pihak polis berdasarkan rekod sedia ada, si pemuda telah pun memiliki dua rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kesalahan dadah. Suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan akan di bicarakan.

No comments

Powered by Blogger.
a