Header Ads

Isu Gaji Minimum Rendah Buat Orang Bersuara?? Ini Dia Penjelasan Tun Dr Mahathir...


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan semakan semula gaji minimum yang naik sebanyak RM50, dengan menyatakan bahawa negara tidak mampu untuk meningkatkan perbelanjaan buat masa ini.



 

JANGAN LUPE SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAKI SHARE

Beliau menjelaskan bahawa ia berikutan negara sedang menanggung hutang dengan faedah yang tinggi.

"Ada yang percaya bahawa upah minimum perlu ditetapkan antara RM1,500 dan RM1,800. Bagaimanapun, kita sedang mengalami masa yang sukar dan sebahagian besar wang terpaksa digunakan untuk membayar hutang yang banyak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan majlis kepimpinan Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat.

Pejabat Perdana Menteri berkata dalam satu kenyataan pada Rabu bahawa Malaysia akan menetapkan gaji minimum yang seragam sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam mulai 1 Jan, 2019.


Kenyataan itu menjelaskan, keputusan tersebut dibuat berdasarkan cadangan oleh Majlis Perunding Gaji Negara (MPGN).

Kenaikan kecil bagi gaji minimum itu dibidas oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan pembuat undang-undang PH di mana mereka mengatakan bahawa ia adalah satu penghinaan kepada 14 juta tenaga kerja yang menyokong kerajaan PH pada pilihan raya umum lalu.

Perdana menteri berkata, Malaysia juga akan kehilangan kelebihan daya saing dalam kalangan negara lain di rantau ini sekiranya gaji minimum meningkat terlalu tinggi.

"Kita juga perlu ingat bahawa kami bersaing kita dengan negara lain, dan jika kosnya terlalu tinggi, kita mungkin kehilangan daya saing," katanya.







No comments

Powered by Blogger.
a