Header Ads

3 Sebab Mengapa Kita Sukar Lupakan Cinta Pertama???


Setiap pengakhiran pasti ada permulaan. Begitu juga percintaan, mulanya detik cinta pasti sebab ada orang yang pertama di hati. Setiap memori dan kenangan yang tercipta untuk kali pertama dalam hidup kita pasti yang paling istimewa sampai bila-bila.

Contohnya di alam universiti, saat kita menjalani orientasi sebelum memulakan pengajian kita pasti akan berkenalan dulu dengan rakan-rakan baru. Sama juga dengan percintaan, saat cinta pandang pertama dan terus jatuh cinta kali pertama.

Percintaan ni banyak mainkan emosi seperti sayang, sedih, geram, teruja, rindu dan sebagainya. Ia beri kesan yang mendalam buat semua orang yang bercinta. Lebih-lebih lagi untuk orang yang pertama kali bercinta.

Apa sebabnya ? Sebab cinta pertama adalah yang paling istimewa. Ikuti 3 sebab sukar lupakan cinta pertama.

1. Impak yang kuat
Masih ingat saat cinta pandang pertama ? Bagaimana perasaan yang sukar diungkapkan tetapi kita memikirkan dan cukup menghayatinya.

2. Patah Hati Yang Hebat
Terluka dengan orang yang kita cinta atau kita panggil "patah hati" . Rasa kecewa, sedih, terkilan dengan apa yang terjadi di saat kita sudah letakkan perasaan pada pasangan kita.

3. Cinta yang jujur
Bagi yang belum pernah bercinta sebelum ini, tiba-tiba ada seseorang yang mengambil berat pada kita, dua-dua simpan perasaan dan cukup menghayati perasaan cinta kali pertama ini.


No comments

Powered by Blogger.
a