Header Ads

ALERT! Polis arah pengguna mesti muat turun aplikasi kesan panggilan scam

Foto Kredit : tenoblog.com


Menjadi 'trending' pihak polis sering mendapat laporan dari orang awam tentang scammer. Pihak polis gesa para pengguna untuk muat turun aplikasi yang boleh menyekat panggilan dan pesanan 'spam'.

Antara aplikasi yang perlu dimuat turun mengikut saranan pihak polis adalah Truecaller atau WhosCall untuk tujuan mengesan dan menyekat panggilan dan pesanan spam.

Macau Scam adalah yang paling biasa berlaku dalam kalangan masyarakat kita sekarang dan mencatatkan telekomunikasi kerugian sebanyak RM162.6 juta bagi tahun ini berdasarkan statistic Kementerian Komunikasi dan Media.

Macau Scam bertindak menipu orang awam dan menyamar sebagai pegawai bank, agensi kerajaan atau pemungut hutang melalui panggilan telefon. 

Scammer kemudian mendakwa mereka yang berpotensi untuk diperdaya bahawa mereka ada membuat pinjaman wang atau tidak membayar sejumlah denda. Kebiasaannya, mereka diberikan masa yang singkat iaitu kurang dari sejam untuk membuat pembayaran penuh atau berdepan risiko yang lebih buruk.

Menurut posting pada Facebook PDRM, aplikasi menyekat panggilan scam berfungsi dengan kaedah pengumpulan nombor telefon yang pernah dilaporkan.

Walaupun tiada jaminan bahawa aplikasi tersebut boleh menghentikan risiko ditipu scammer, sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan risiko daripada diperdaya

No comments

Powered by Blogger.
a