Header Ads

PU Amin Tampil Bersuara Video Berbikini Sajat


Minggu ini, usahawan kosmetik terkenal, Sajat mencetuskan pelbagai respond Netizen kali ini dengan memuat naik video gambar percutian di Lebanon. Difahamkan, Sajat ke sana adalah untuk melakukan penggambaran produk keluaran terbaru miliknya. 

Sajat mencetuskan komen terhadap netizen dan juga pendakwah di Malaysia kerana berpakaian hanya 'bikini' dan di muat naik di laman sosial Instagram miliknya. Gambar tersebut menjadi buah mulut orang ramai kerana semua sedia maklum tentang jantina Sajat dan tidak sepatutnya dia 'try hard pozing' dengan pakaian sebegitu rupa sambil menikmati pemandangan di atas bot.

Walaupun ada yang memuji kecantikan dan bentuk badan jutawan kosmetik ini, seperti biasa, apa sahaja yang dimuat naik oleh Sajat pasti akan mengundang kecaman netizen. Tidak kurang juga ada netizen menyatakan jika benar dia seorang wanita Islam, tidak sepatutnya berpakaian sedemikian.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen menyifatkan Sajat tidak mempunyai rasa hormat dan sensitiviti kerana memuat naik gambar tersebut sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul.

Melihat video Nur Sajat berbikini hijau dan bergelek seksi di luar negara, PU Amin tidak menyangka usahawan itu sanggup mencemarkan bulan kelahiran Rasulullah, Rabiulawal yang mulia ini dengan memuat naik video sebegitu.

PU Amin memuat naik dua gambar (menutup apa yang tidak sepatutnya) dan membuat 'caption' berbaur bantah sekerasnya dengan tindakan usahawan kosmetik itu, termasuklah kepada sesiapa yang beli produk usahawan kosmetik yang punyai kontroversi berkenaan jantinanya :







"Bulan Rabiul Awal , bulan kelahiran Nabi dicemarkan dengan video gelek berdurasi 35 saat oleh sajat . Dalam 12 jam video gelek ber background lagu arab dapat 422k tontonan di Facebook . Nyata budak budak kecik sampai orang tua menonton video gelek ini..
.
Ya Rabb ! Di atas laut itu . Laut yang pernah menjahamkan manusia . Boleh memusnahkan manusia . Bersaksikan langit yang terbuka , dijaga malaikat pemelihara rahmat , di lantai kan laut yang bertasbih dan berzikir pada Tuhan . Dia sanggup ?..
.
Apakah sajat mahu mencabar Allah ?..
.
Aku hanya mampu menulis , kalau aku buat video netizen kata aku dakwah kasar tak macam Nabi Saw..
.
Kurang ajar dengan ustaz boleh terima . Tapi kau kurang ajar dengan Allah . Aku tak faham kenapa ramai lagi yang sokong , yang beli produk dia ni . Satu persatu azab di perlihatkan tapi masih berdegil dan angkuh..
.
Ya Rabb ! Kami dah berusaha , kami dah cuba menasihati , kami dah cuba membenci , pelihara kami wahai Tuhan dari azab dan seksa . Jangan kau azab dan laknat kepada kami yang tidak bersalah . Kami takut Ya Allah dengan kemarahan mu Ya Allah . Lindungi kami Ya Allah !!"


Sebelum ini, PU Amin pernah lantang menegur Sajat berkenaan lagu Bobo Di Mana, namun dipertikaikan oleh usahawan itu hingga mengugut untuk memotong kemaluan pendakwah demi mempertahankan lagu tersebut.
Sumber : Instagram PU Amin

No comments

Powered by Blogger.
a