Header Ads

Kaum Wanita Mula 'Gilakan' Calon Suami Seperti Remy Ishak, Ini Sebabnya....




Bila bergelar selebriti sudah tentu mempunyai jadual kerja yang padat sehinggakan tiada masa untuk mendirikan solat. Namun tidak semua selebriti bersikap sedemikian. Jika sebelum ini ada yang kata penyanyi Haqiem Rusli dipuji kerana dia mendirikan solat di belakang pentas sebaik saja tamat persembahan. 
Kali ini giliran hero dalam drama TV 'Pujaan Hati Kanda' dan 'Lelaki Kiriman Tuhan' yang sedang hangat ditonton ramai lebih-lebih lagi kaum wanita yang begitu 'melting' dengan pelakon ‘Tall, Dark & Handsome’ ini iaitu Remy Ishak. Tindakan pelakon yang meningkat naik ini mendapat pujian netizen kerana sikapnya yang mengutamakan solat ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

Perkongsian oleh pengguna Twitter itu mendapat perhatian netizen sehingga 19 000 Retweet. Seorang netizen turut memberitahu Remy juga seorang yang rajin menunaikan solat di masjid dan tidak sombong untuk menegur jemaah lain.


Seperti biasa, pasti ramai wanita meninggalkan komen memuji pelakon itu dengan mengatakan inilah lelaki idaman wanita dan sangat beruntung wanita yang memiliki Remy sebagai suami.

Apa pun tidak kira siapa pun kita, tiada alasan untuk seorang Muslim meninggalkan solat. Sikap Remy ini sekaligus dapat dijadikan contoh buat anak muda di luar sana untuk utamakan solat walau dimana berada.
Sumber : Twitter 

No comments

Powered by Blogger.
a