(VIDEO) Piala AFF Suzuki : Harimau Malaya mampu raih keputusan positif di Hanoi - Cheng Hoe
![]() |
PENYERANG Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha (tengah) diasak pemain tiga pemain Vietnam pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. - Foto AFP |
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya pasukannya mampu menebus kekecewaan pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Hanoi, Sabtu depan, setelah sekadar seri 2-2 di tempat sendiri dalam aksi final pertama malam ini.
![]() |
TAN Cheng Hoe - Foto ASYRAF HAMZAH |
Cheng Hoe mengakui anak buahnya bermula baik dalam tempoh 10 minit perlawanan malam ini, sebelum hilang tumpuan sekali gus membolehkan Vietnam menjaringkan dua gol selepas 25 minit perlawanan, namun beliau optimis skuad negara mampu meraih keputusan positif pada aksi timbal balik di Hanoi itu.
“Secara keseluruhan kita bermain dengan baik tetapi kita membenarkan dua jaringan mudah pasukan lawan. Kita bermula baik sebelum pemain hilang tumpuan. Namun kita masih mempunyai 90 minit dan saya positif dan optimis untuk perlawanan di Hanoi,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Sumber : BERNAMA, Bharian
Post a Comment