Header Ads

Memandu kenderaan melebihi 39 minit setiap hari boleh mengakibatkan penceraian & jejaskan kesihatan. Mengapa?


Rata-rata negara mempunyai masalah kesesakan lalu lintas. Masalah ini cenderung kepada orang yang bekerja dengan memandu kereta sendiri setiap hari ke tempat kerja dan terpaksa memandu dalam jangka waktu yang lama untuk sampai ke destinasi. Anda stress tak bila perlu hadapi jammed teruk ? 

Entri di bawah terdapat beberapa kaji selidik tentang kesan buruk sekiranya anda memandu terlalu lama pada setiap hari dan beberapa langkah untuk atasinya. 

Baca entri penuh di bawah.

Kajian penyelidikan


Kaji selidik pada tahun 2012 yang diterbitkan dalam American Journal of Preventive Medicine mendapati bahawa memandu 20 batu atau lebih berulang-ulang kali untuk bekerja setiap hari menyebabkan tekanan darah dan paras gula dalam darah yang lebih tinggi, serta tahap obesiti yang lebih tinggi.



                      via GIPHY

Fikirkan sahaja secara logik, lebih banyak masa anda habiskan untuk duduk, semakin sedikit masa yang anda gunakan untuk bersenam, selain kemungkinan besar anda mengambil makanan yang tidak berkhasiat sewaktu kebosanan dalam kesesakan lalu lintas.


Satu artikel lain dalam jurnal yang sama juga menyatakan impak menghabiskan masa di jalan raya kepada kehidupan sosial – semakin banyak anda memandu, semakin kecil kemungkinan anda memiliki masa bersosial. Penyelidik Sweden juga mengaitkan masa perjalanan 45 minit atau lebih kepada kenaikan 40% kemungkinan berlakunya perceraian.





Bahkan, penyelidik Kanada daripada University of Waterloo menyimpulkan dalam kajian pada tahun 2014, bahawa mereka yang paling banyak menghabiskan masa di jalan raya adalah golongan yang paling tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka.

Hidup lebih bahagia jika kurang menghabiskan masa di jalan raya

Memandangkan banyak menghabiskan masa di jalan raya mendatangkan kesan buruk, kaitan yang sebaliknya juga benar. Kaji selidik melibatkan 3,000 penduduk London mendapati bahawa kepuasan hidup mereka meningkat jika masa yang dihabiskan di jalan raya dikurangkan. Bahkan mereka mendapati kesannya lebih membahagiakan daripada menjalani hubungan seks!


Kajian tersebut mendapati terdapat peningkatan rasa bahagia bagi mereka yang kurang menghabiskan masa terhimpit dalam pengangkutan awam iaitu hanya 15 hingga 30 minit, berbanding purata 39 minit bagi kebanyakan orang.

Jika anda masih tertanya mengapa waktu perjalanan yang singkat meningkatkan kepuasan hidup masyarakat, penjelasannya mungkin kerana tiada tekanan masa.


Mereka yang menghabiskan sejumlah besar masa di jalan raya mungkin mempunyai tahap stres yang lebih tinggi, kerana keperluan untuk tergesa-gesa, berbanding dengan orang yang menghabiskan waktu yang lebih singkat untuk pulang.

Kurangkan tekanan di jalan raya

Kajian dalam Journal of Experimental Psychology pada tahun 2014 mendapati bahawa pengguna kereta api dan bas berasa lebih positif dengan perjalanan mereka apabila mereka berinteraksi dengan orang lain berbanding duduk diam sendiri.


Disebabkan itu, walaupun anda tidak mempunyai pilihan untuk menukar tempat kerja atau bekerja dari rumah, masih terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan.
Sumber : says.com

1 comment:

  1. Best No Deposit Bonus Codes in India - Herzamanindir.com
    5 steps1.Visit the official website of No Deposit India.
    Benefits of using https://septcasino.com/review/merit-casino/ a no www.jtmhub.com deposit bonus.
    Benefits of using a no deposit bonus.
    Benefits of 바카라 사이트 using a febcasino no deposit bonus.
    Online jancasino.com Sincere Accessory domain www.online-bookmakers.info

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
a