Header Ads

(TERKINI) Ambulan Bawa Wanita Mengandung Terbalik Akibat Berlanggar Dengan SUV


Pengguna jalanraya pasti familiar dengan van ambulan dan bunyi siren ambulan. Sekiranya sedang berlaku kecemasan ambulans tersebut pasti akan dipandu laju dan sebagai pengguna jalanraya lain perlulah memberi laluan kepada van ambulans dan berhenti atau beralih ketepi bahu jalan. Walau bagaimanapun, keselamatan adalah keutamaan baik van ambulan mahupun pengguna jalanraya lain.    

Lain pula ceritanya, terbaru, kemalangan melibatkan ambulans yang difahamkan membawa seorang wanita sarat mengandung dari Kota Samarahan ke Hospital Umum Sarawak dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV). 

Berdasarkan status yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama M'akil RS, terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan jelas menunjukkan ambulan tersebut telah berlanggar dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat. 

Difahamkan, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching, Sarawak.

Van terbalik selepas berlanggar dalam kemalangan


(VIDEO) Detik Kejadian Van Ambulan Berlanggar Dengan Sebuah Kereta 




Rakaman selepas kejadian 

Orang awam membantu mengeluarkan mangsa dari dalam ambulan termasuk ibu mengandung.








Kereta SUV yang berlanggar dengan ambulan

Sumber : Facebook, Utusan Borneo Online

No comments

Powered by Blogger.
a