Header Ads

Panas Melampau : TNB Nasihat Guna Suhu 'Aircond' 24 Hingga 26 Darjah Celcius Sahaja


Seperti yang diketahui, Malaysia kini berdepan cuaca panas dan pasti ramai yang tidak selesa kerana kerap berpeluh. Jadi ramai yang memilih untuk memasang pendingin hawa untuk menyejukkan badan.



Pasti ramai di antara anda sering memasang penghawa dingin pada suhu 16 darjah celsius. Tahukah anda suhu itu boleh membuatkan bil elektrik anda melambung tinggi ? 
Sehubungan itu, syarikat utiliti elektrik terbesar Malaysia, Tenaga Nasional Berhad menasihatkan agar pengguna mengamalkan penggunaan pendingin hawa secara bijak.


Bantu kurangkan bil elektrik
Menurut TNB lagi, tetapan suhu yang dicadangkan antara 24 hingga 26 darjah celsius. Ia sekaligus membantu mengurangkan berlakunya penggunaan elektrik yang terlalu tinggi.
Maka, mulai dari sekarang, anda perlu alert dan menggunakan suhu yang disarankan oleh TNB ini untuk kebaikan bersama.
TNB turut menasihatkan agar pengguna menyelenggara pendingin hawa atau menukar pendingin hawa yang lama dengan yang baru dan lebih jimat tenaga.  Lagi pun jika anda mengikut nasihat oleh TNB ini ia sekaligus menjimatkan bil elektrik anda.
Sumber : the star

No comments

Powered by Blogger.
a