Insiden berdarah Christchurch : Hampir 1.5 Juta Tandatangan Sepakat Nak Buang 'Senator Anning' Dari Parlimen Australia
Tindakan seorang remaja berusia 17 tahun membaling telur ke arah Senator, Anning, yang mengeluarkan kenyataan ‘kurang sensitif’ terhadap insiden di Christchurch, New Zealand mendapat pelbagai respon dari ramai pihak. Malah tindakan itu juga menjadi antara topik utama satu dunia.
Will Connoly – yang sekarang digelar EggBoy oleh media – datang memecahkan telur di kepala Anning ketika Senator itu menjawab soalan-soalan dari media. Tindakan dari Connoly itu terakam di kamera media disamping dia juga merakam perbuatan tersebut. Connoly kemudian diasak oleh beberapa individu berhampiran.
A protestor has cracked an egg on Fraser Anning's head at a Melbourne meeting, following the Senator's controversial comments in the wake of the Christchurch shooting. Details here: https://t.co/qFnGpfr0oq pic.twitter.com/gJdLDvNvd0— The Sydney Morning Herald (@smh) March 16, 2019
Terbaru, ramai berpendapat Senator Fraser Anning tidak mempunyai tempat dalam kerajaan negara demokratik dan multikultural. Mengikut undang-undang Australia, kami meminta agar dia ditolak untuk meletakkan jawatannya sebagai Senator, dan jika sesuai, disiasat oleh agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyokong keganasan yang bersifat ekstrimis berhaluan kanan.
Rentetan dari peristiwa insiden berdarah pada 15 Mac 2019 yang lalu, seramai 50 orang Islam yang tidak bersalah telah dibunuh di dua buah masjid di bandar Christchurch. Kemudian, didapati Senator Fraser Anning, telah membuat beberapa kenyataan yang menyinggung mengenai serangan ini melalui akaun Twitter dan Facebook Senator Fraser Anning.
Senator Anning membuat status berbentuk kebencian, iaitu "Sebab sebenar pertumpahan darah di jalan-jalan New Zealand hari ini adalah imigresen membenarkan Muslim berpindah ke New Zealand". Dan "Penembakan hari ini di Christchurch disebabkan ketakutan yang teramat di dalam komuniti kami di Australia dan New Zealand atas kehadiran umat Islam yang semakin meningkat."
Satu petisyen yang dibuat secara atas talian untuk menyatakan sokongan supaya Anning dibuang daripada Parlimen Australia.
Jumlah orang ramai yang sudahpun menandatangani petisyen atas talian ini setakat pukul 9.42 pagi (20 Mac 2019) adalah sebanyak 1,359,660 tandatangan.
Antara lain petisyen tersebut turut mendesak Anning dikenakan tindakan kerana kenyataan yang dibuat tersebut berbentuk provokasi dan menyebarkan kebencian.
Antara lain petisyen tersebut turut mendesak Anning dikenakan tindakan kerana kenyataan yang dibuat tersebut berbentuk provokasi dan menyebarkan kebencian.
I can see what has happened in the UK where 429 Muslims are in political office and now hold massive influence over law making including introducing Sharia Law.— Senator Fraser Anning (@fraser_anning) March 12, 2019
Islam is NOT compatible with Australia and our politics.
Salah satu Tweet oleh Senator Fraser Anning yang berbunyi kebencian
Menariknya, melalui perkongsian dibuat Twitter The Spectator Index, Anning hanya mendapat 19 undian sahaja ketika dilantik menjadi senator.
Australian Senator Fraser Anning.— The Spectator Index (@spectatorindex) March 18, 2019
Votes to become Senator: 19
Signatories on petition to remove him from Parliament: 1,263,951 pic.twitter.com/JRALg7af4s
Tetapi hari ini, jumlah mereka yang mahukan Anning dipecat beribu-ribu kali ganda lebih tinggi daripada mereka yang mahukannya menjadi senator sebelum ini.
Menurut laporan, ternyata rakyat Australia benar-benar ingin menyingkirkan Anning dari parlimen. "Kami menyeru kerajaan Australia untuk membantu menuntut peletakan jawatan dari orang ini yang menyalahkan mangsa kerana kematian ganas mereka, dan menggunakan rujukan untuk pembunuhan beramai-ramai untuk meneruskan agendanya yang penuh kebencian. Tidak ada tempat dalam kerajaan Australia untuk Neo-Nazis. Tidak ada tempat untuk ketaksuban. Tiada tempat untuk ucapan benci."
Sumber : change.org , spectator index
Post a Comment