Header Ads

"Berlagak sangat tu, result SPM boleh bawak masuk kubur ke?" - Status Perlekeh Kawan Tak Dapat Result SPM 'Gempak' Dikecam Netizen



Sikap bongkak dan meninggi diri zaman kini membuak-buak seperti satu Tweet yang dimuat naik oleh @n3wryn di mana ada seorang pelajar lepasan SPM yang baru sahaja mendapat keputusan SPM 'gempak' katanya, menunjuk-nunjuk serta memperlekeh keputusan orang yang kurang cemerlang daripadanya menerusi status Whatsapp. 

Menurut status yang membuatkan netizen bengang, pelajar tersebut yang ingin memohon UPU dan membuat pilihan untuk menyambung pelajaran dalam asasi. Dia memberitahu bahawa pilihan asasi yang ditawarkan tidak berapa banyak untuknya yang sedia ada mempunyai keputusan 'gempak'. Lalu, dia memperlekeh nasib rakannya yang tidak mendapat keputusan 'gempak' di dalam perbualan whatsapp tersebut.



Seperti yang kita maklum, asasi adalah kebiasaannya untuk orang yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Jika tidak cemerlang, bukanlah tidak boleh tetapi agak susah untuk masuk asasi dalam apa-apa bidang.

Status tersebut adalah daripada mesej Whatsapp dan telah di 'screenshot' dan dimuat naik melalui status Whatsapp, kemudian ditularkan di Twitter sehingga mendapat perhatian netizen.



Tweet ini mendapat respon dari netizen yang meluat dengan status tersebut dan merasakan orang yang membuat status itu tidak sepatutnya bertindak sedemikian hingga boleh menyebabkan orang lain terasa dan tersinggung.

Netizen rata-ratanya mengutuk status tersebut dan mendoakan yang tidak baik untuk orang yang membuat status yang dianggap berlagak.


Orang macam ni selalunya degree ke laut




Pernah ada member macamni, perlekeh orang lain masuk poli, tetiba dia masuk poli


Aku doakan dia dapat roomate pengotor


Biar dia sorang buat assignment nanti, sebab dapat group pemalas


Result kau masuk kubur sekali ke

Sumber : Twitter Afrina

No comments

Powered by Blogger.
a