Header Ads

Bunuh Perompak, Akhirnya Zulkifli Ismail Dihukum Mati Sebab......


27 Mei: Jika satu ketika dahulu kita digemparkan dengan satu kejadian yang mana seorang lelaki dikatakan mempertahankan diri dengan membunuh seorang perompak dan mencederakan seorang lagi.

Zulkifli Ismail dikatakan membunuh mangsa yang cuba mencuri besi buruk di kawasan rumahnya.

Zulkifli telah menyerang kedua-dua mangsa yang sedang mencari besi buruk di kawasan sekitar tempat kejadian dan sekiranya tertuduh benar-benar terancam, sepatutnya telah bertindak menghubungi polis kerana mempunyai telefon bimbit ataupun meminta bantuan daripada orang ramai kerana rumahnya hampir dengan jalan raya.

"Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang dari arah belakang dan menikam dada kanan Faizul dan kemudiannya meluru dan menikam dada si mati (Zulkefle). Si mati cuba melarikan diri tetapi tertuduh bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70 meter dengan parang tetapi tidak membenarkan rakannya (Faizul) membantu si mati.

"Saksi juga menyatakan si mati sempat merayu sambil mengangkat kedua-dua tangannya supaya tertuduh berhenti mencederakannya tetapi tidak dihiraukan," katanya.

Zainal Azman juga berkata mahkamah mendapati tikaman yang dibuat ke atas si mati dan juga mangsa kedua bukanlah sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan ekoran mempertahan diri tetapi sebaliknya kerana tiada sebarang pergelutan dan provokasi berlaku sebelum tikaman dibuat dan kecederaan yang dialami juga adalah serius.

Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Azizul Shariman Mat Yusoff dan Ariff Azami Hussein.

Kes pembunuhan ini telah mendapat perhatian ramai sebelum ini ekoran tular di media sosial yang mendakwa Zulkifli melakukan perbuatan tersebut kerana mempertahankan diri daripada kedua-dua mangsa terbabit yang cuba merompak.

Kejadian tersebut membawa kepada penubuhan kumpulan 'Selamatkan Zulkifli' di laman sosial Facebook yang mencecah 71,000 followers dengan menyiarkan pelbagai kenyataan negatif yang mempertikai kuasa polis yang menangkap Zulkifli selepas kejadian dan proses perundangan.

Hakim juga mengingatkan supaya "Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana 'undang-undang rimba' hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah," kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Zainal Azman Ab Aziz.

Sumber Bernama

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a