Header Ads

'Inilah Nokhtahnya, Ia Akan Jadi Yang Terakhir' - Kemelut Nora Danish Dan Fasha Akan Bakal Tamat? Betul Ke Ni??

Pelakon Nora Danish akan menamatkan krisis hubungannya dengan aktres Fasha Sandha berkaitan kes sindir menyindir tahun lalu apabila mendapat perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam masa terdekat.

"Between me against Fasha for defamation, I shall make a statment as soon as i receive the sealed order of the court which should be very soon. Very soon (Mengenai kes saman fitnah saya terhadap Fasha, saya akan membuat kenyataan sebaik sahaja saya menerima perintah mahkamah dalam masa terdekat). Korang nantikan okey," ujarnya.

Berharap ia adalah pengakhiran yang terbaik buat kedua-dua mereka.Penjelasan Nora itu susulan laporan sebuah portal hiburan mendakwa Nora dan Fasha mungkin sudah berdamai selepas kedua-duanya dilihat hadir di Pejabat Mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi Selasa lalu.

"Apa yang saya akan beritahu nanti, inilah nokhtahnya. Ia akan jadi yang terakhir. Saya positif, sangat positif,"  ujarnya.

Pada Mei tahun lalu, kedua-dua aktres ini menjadi kontroversi apabila Fasha didakwa telah menuduh aktres itu menghalaunya pada sebuah majlis pertunjukkan fesyen.






Sumber : Mstar Online.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a