Header Ads

"Jual Bayi" RM31 Ribu Dan Shopping Barang Kosmetik, Apa Punya Mak Ni !!



27 Mei: Beberapa hari lalu seorang ibu telah membuat laporan di balai polis Henan China mengatakan bahawa anaknya telah hilang darinya, lapor Shanghaiist
Wanita yang datang dari Wilayah Yunna berkata, dia datang ke bandar itu untuk berjalan-jalan, namun terpisah dengan anaknya di stesen kereta api.



Namun setelah pihak polis menjalankan siasatan selama 10 jam, polis telah mendapati bahawa bayi perempuan Wu yang dikatakan hilang sebenarnya tidak hilang seperti yang didakwa. Sebaliknya bayi tersebut telah dijual.

Ketika disoal siasat, Wu mengaku telah menjual anaknya dengan harga 50,000 yuan (RM31,164)  selepas tiba di Zhengzhou. Selepas mendapat hasil jualan itu, Wu pergi membeli belah dan membelanjakan 6,000 yuan (RM3,739) untuk produk kosmetik.



Pada 23 Mei, polis berjaya mengesan bayi perempuan itu dan mengembalikannya ke pangkuan bapanya dan menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerdagangan kanak-kanak.

No comments

Powered by Blogger.
a