Header Ads

'Memang Berbeza Kalau Mahu Dibandingkan Zaman Tun M Dan Najib' - Luah Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.


Kecoh dan sering diperkatakan di media sosial.Malahan juga di pelusuk negara juga dengan adanya kerajaan baru ini.Kerajaan PAS kelantan mengakui zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri adalah lebih baik berbanding era Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Memang berbeza kalau mahu dibandingkan zaman Tun Mahathir dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib. Zaman Tun Abdullah dan Najib menjadikan hubungan Kelantan dengan Pusat lebih baik.

"Namun, banyak perkara lagi yang Kerajaan Pusat belum laksanakan seperti tuntutan royalti dan kita berharap ia dipertimbangkan.

"Walaupun masih agak terpinggir berbanding negeri diterajui Barisan Nasional (BN), sekurang-kurangnya terdapat perbezaan dari segi hubungan," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

Termasuk melaksanakan pembangunan projek yang dapat melenyapkan 'mimpi ngeri' rakyat negeri ini yang sering dilanda banjir termasuk banjir besar pada 2014.

"Saya tidak mahu ada yang ketinggalan. Ini berdasarkan prinsip Islam yang mahu kita jadi pemimpin adil kepada semua. Sebab itulah saya berbeza dengan pemimpin terdahulu yang memerintah 22 tahun, tapi meminggirkan Kelantan atas perbezaan politik," kata Najib.

"Pulau Pinang dan Selangor pun bergantung kepada Kerajaan Pusat, malah Selangor sendiri ada hutang dengan Kerajaan Pusat.Sekiranya Kerajaan Pusat tidak bantu dari segi agensi, negeri tidak boleh berjalan. Apa yang pasti, tiada negeri mampu hidup tanpa bantuan pusat," katanya.



Sumber : BH Online.
-www.kakishare.tv 
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a