Header Ads

Peguam Najib Akhirnya Dedah Isi Kandungan Kotak Yang Di Rampas Pihak polis



17 MEI: Akhirnya persoalan kehadiran polis dengan lebih 12 kereta dan sebuah lori Black Maria di rumah Datuk Seri Najib terjawab.

Setelah lapan jam, polis membawa keluar 3 kotak berisi barangan peribadi dari kediaman DS Najib.

Peguamnya berkata, Datuk Harpal Singh Grewal mengatakan kotak tersebut mengandungi beg tangan, pakaian, hadiah milik bekas pemimpin no 1 Malaysia itu.



"Pengeledahan itu dilakukan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram". Namun tiada dokumen dirampas, juga tiada tangkapan dibuat. Katanya.

Najib memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis sepanjang operasi pencarian dijalankan.

“Ia mengambil masa yang lama kerana ini rumah yang besar, jadi polis perlu periksa setiap bilik.”

Katanya lagi, pihaknya tidak dimaklumkan setakat ini sama ada Najib akan dipanggil untuk disoal siasat atau tidak berhubung kes ini.

Pencarian di kediaman Najib di Jalan Langgak Golf bermula sekitar jam 10.15 malam semalam tidak lama selepas Najib pulang dari menunaikan solat terawih di Kampung Baru.

15 kenderaan polis merangkumi SUV, trak dan kereta mula bertempat di perkarangan kediaman beliau, yang turut dibanjiri pengamal media dalam dan luar negara, juga ditemani puluhan penduduk sekitar.

Selain itu menurut Harpal, operasi pencarian turut dijalankankan di dua lot kediaman di Menara Pavilion, Kuala Lumpur pada waktu sama.

Sumber:- Malaysiakini

No comments

Powered by Blogger.
a