Header Ads

Video "Urut Dahi Tu Rare,Adoii Senak Buah Pinggang" - Adegan Romantis Jep Dan Rahim Sepahtu Buat Netizen Terhibur.


Pelawak, pelakon, dan penyampai radio Sinar FM, Jep Sepahtu sangat fanatik dengan dunia bola sepak. Apatah lagi sekarang tengah dilanda musim FIFA World Cup. Walaupun dia sudah bergelar bapa kepada seorang cahaya mata, memang wajib baginya untuk mencuri masa menonton perlawanan bola sepak.

Terbaru, Jep Sepahtu telah memuatnaik satu video dia dan Rahim sedang makan-makan selepas memenangi perlawanan bola sepak Super Lawak FC. Video tersebut telah dimuatnaik di laman Instagram beserta dengan kapsyen “Celebrate kemenangan @superlawakfc malam ni..”

Dalam video tersebut, Jep dan Rahim tengah makan nasi goreng nenas sambil memberikan response sedap. Lucunya apabila mereka berdua mula perangai lawak dengan saling menyuap antara satu sama lain. Malah, Jep secara spontan menusap dahi Rahim.


Pelbagai reaksi dan komen diberikan oleh netizen di laman Instagram milik Jep Sepahtu. Rata-rata netizen memberikan komen mereka berdua nampak terlalu sweet kerana saling bersuap makanan. Ada juga netizen yang kata adegen Jep urut dahi Rahim memang sangat rare.

Malah, netizen turut mendoakan semoga persahabatan mereka berdua kekal hingga ke jannah.

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on






Sumber: soyalemon.
FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a