Header Ads

Dia Sepatutnya Bersalin Hari Ini, - Ayah Kepada Siti Asmah Yang Maut Dalam Satu Kemalangan



Siapa yang tidak luluh hati apabila mendengar berita tentang kemalangan kan? Terkini sebuah kemalangan yang melibatkan 3 maut di tempat kejadian ditambah lagi mangsa seorang wanita itu bakal melahirkan anak.

DIA sepatutnya bersalin hari ini,” kata Abdul Khalid Mustafa, bapa kepada Siti Asmah, 27, yang terbabit dalam nahas jalan raya mengorbankan tiga nyawa ketika ribut di Bukit Cabang, Padang Besar, malam tadi.

Abdul Khalid bukan sahaja kehilangan anak serta menantunya, Muhammad Hafiz Johari, 28, malah turut kehilangan bakal cucu yang dijangka dilahirkan hari ini.

Kali terakhir saya jumpa Asmah dua hari lalu dan pada 7 malam tadi, saya ada bercakap dengannya melalui telefon.

Itu sahajalah panggilan terakhir dia kepada saya,” katanya sebak ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, hari ini.

Abdul Khalid bagaimanapun, tidak mendedahkan butir perbualan antara dia dan anak sulung daripada tiga beradik itu.

Dia sepatutnya bersalin hari ini...saya reda dengan apa yang menimpa mereka sekeluarga.

Jenazah pasangan itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Mak, hari ini,” katanya.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan Murano dipandu Muhammad Hafiz bersama Siti Asmah serta anak perempuan mereka bertembung dengan kereta Perodua Kancil dipandu Muhammad Amirul Naim Aziz, 24.

Muhammad Amirul turut maut akibat kemalangan itu, manakala anak pasangan terbabit yang berusia empat tahun mengalami kecederaan dan masih dirawat di HTF.

Isteri dan dua anak Muhammad Amirul yang berada dalam kereta ketika kejadian turut terselamat dan mereka sedang dirawat di HTF.

Jenazah Muhammad Amirul Naim dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Seriab, Kangar selepas proses bedah siasat selesai hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhammad Halim Yatim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan kami masih menyiasat bagi mengenalpasti punca kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.
a