Header Ads

Gadis 19 Tahun Dinobat Sebagai Miss World Malaysia 2018,Cantik Asli Semula Jadi..


Baru-baru ini, Larissa Ping dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2018 setelah mengalahkan 11 peserta lain pada pertandingan akhir yang berlangsung 9 September lalu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sarawak.

Menurut laporan Astro Awani, gadis kelahiran Sarawak itu menerima mahkota kejuaraan daripada juri iaitu Nabila Huda dan Carmen Soo serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, trofi dan pelbagai hadiah lagi.




Walaupun baru berusia 19 tahun, ia tidak menghalang Larissa bagi membantu mempromosikan negeri kelahirannya itu ke peringkat antarabangsa apabila bersedia untuk menjadi Duta Pelancongan Sarawak.

Tambah gadis berdarah Cina dan Kenyah itu, dia berasa gembira dapat memikul tanggungjawab dengan menjayakan aktiviti kemanusiaan yang diminatinya sejak dahulu lagi.




Menerusi laman Instagram, Larissa memuat naik beberapa posting berkongsi detik kejayaan dengan pengikutnya yang sudah tentu menjadi satu kebanggaan bagi masyarakat di negara ini.



Tahniah Larissa! Semoga dengan kejayaan ini dapat membawa nama Malaysia ke serata dunia bagi tujuan mempromosikan budaya pelbagai kaum di negara ini.


No comments

Powered by Blogger.
a