Header Ads

Harga Milo Ais RM3.20, Peniaga Didenda RM30,000 atau 6 Bulan Penjara

Malang buat seorang pemilik restoran di Kota Kinabalu didenda RM30,000 atau denda enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menjual milo ais pada harga tidak munasabah.

Kami difahamkan, ianya adalah kes pertama seumpamanya seperti ini yang akan melalui perbicaraan penuh mahkamah di negara ini tidak lama lagi.
Yang mengadili iaitu Hakim Egusra Ali telah menjatuhkan hukuman itu terhadap Shihan Mohd Salim, 28, pemilik premis Anak Mami The Restaurant 3 di sini, selepas mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie ke atasnya dan premisnya.

Berikutan itu tertuduh kini didakwa mengikut Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana telah gagal mematuhi arahan pihak yang berkuasa dikeluarkan mengikut Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk melengkapkan maklumat serta mengemukakan resit jualan antara Januari 2015 sehingga Mac 2016 bagi minuman milo ais yang di jual di kedainya.
Selain daripada itu, si tertuduh tidak dapat menunjukkan invois belian bagi produk milo, susu dan ais yang di jual selain tanda harga minuman berkenaan bagi tempoh sama dalam masa tujuh hari bekerja.

Tertuduh yang diwakili peguam PJ Pereira, kali pertama didakwa di mahkamah

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Geoffery Gumalang dan Azmil Aspara.

Sementara itu, Timbalan Pengarah KPDNHEP Sabah dalam sidang media berkata, peniaga berkenaan didapati menjual milo ais di premisnya dengan harga RM3.20 segelas dan harga itu dirasakan agak mahal oleh pengguna sebelum aduan dibuat.
Sehubungan itu, beliau berharap peniaga atau pemilik premis makanan mengambil iktibar daripada kes terbabit dan tidak meletakkan harga terlalu tinggi bagi setiap hidangan yang dijual.

“Saya juga menasihatkan pengguna supaya melaporkan terus kepada KPDNHEP jika ada sebarang keraguan berkaitan harga barangan yang dibeli termasuk makanan serta minuman,” katanya. 

No comments

Powered by Blogger.
a