Header Ads

'Welcome Back tunku' - Setelah 6 Tahun Menyepi,Akhirnya TMJ Kembali Aktif Di Laman Media Sosial


Hampir setiap pengguna sosial media terutamanya Twitter pastinya pernah dengar nama Tunku Ismail Idris ataupun lebih dikenali sebagai TMJ (Tunku Mahkota Johor). Memang tidak dinafikan bahawa beliau sangat berjiwa rakyat.

Sebelum ini, TMJ dikatakan ‘hilang’ setelah kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 lalu. Tidak tahu mengapa lama menyepi, baru-baru ini beliau muncul kembali di laman media sosial.

Bukan itu sahaja, kemunculan semula TMJ telah menjadi kecoh di laman Twitter Official Johor dimana mereka promote media sosial milik beliau iaitu Facebook, Twitter, dan Instagram.



Perkara ini memang sangat mengejutkan, kerana akaun lama TMJ sudah lama tidak aktif sejak 2012 lagi. Beliau juga telah memuat naik satu video dengan mengatakan: Kepada anda yang berada di media sosial, saya kini dah kembali!


Beliau juga memberitahu akan berkongsi segala perkembangan terkini mengenai dirinya dari semasa ke semasa. Netizen sudah semestinya gembira dengan berita ini dengan mengucapkan selamat kembali TMJ!


Selamat kembali TMJ. Semoga perkongsian yang dimuat naik akan memberi manfaat kepada rakyat dan penyokong yang setia mengikut kaum kerabat Johor!


No comments

Powered by Blogger.
a