Header Ads

Beri nama anak "Muhammad Bossku", isteri naik angin, suami kata, "Nak malu apa isteriku?" - Ini Cerita Sebenar Di Sebalik Nama 'Muhammad Bossku'



Tular di laman sosial dengan fenomena "bossku" dalam setiap bait percakapan. Asalnya "bossku" adalah berasal daripada orang Sabah dan 'slang' orang Sabah. Kemudian, makin lama makin merebak ke sekitar pelusuk negara Malaysia. Di mana-mana sahaja ianya menjadi trending di Malaysia.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak juga meraih perhatian rakyat Malaysia dengan ayatnya 'malu apa bossku' sehingga ramai yang tidak keruan dengan jenaka beliau.



Beri nama anak baru lahir 'Muhammad Bossku' 

Namun, ada yang lebih mengejutkan apabila ada berita di laman sosial Facebook pada Jumaat lalu apabila pengguna Facebook bernama Dean Ahmad iaitu bapa kepada bayi baru lahir tersebut telah memuat naik gambar sijil kelahiran anaknya yang kedua dan mendedahkan nama anaknya yang diberi nama 'Muhammad Bossku'. 


Netizen teka itu hanya edit

Ada yang mengecam individu tersebut dan mengatakan ada kemungkinan gambar sijil kelahiran tersebut telah disunting. Netizen juga berpendapat yang dia mempersendakan nama seorang anak kerana memberikan nama yang tidak membawa maksud apa-apa.



Isteri marah

Difahamkan, nama bayi tersebut adalah idea si suami. Tetapi si isteri tidak bersetuju dengan nama tersebut walhal sudah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. "Wife (isteri) aku marah letak nama ni...apa masalahnya?" kata si suami. 

Menurut laporan mstar, si suami ini mengatakan yang dari anak pertama lagi nama anak terserah kepadanya dan terus didaftarkan. Kali ini lain pula jadinya, gara-gara si isteri tidak suka dengan perkataan 'bossku' tersebut kerana ramai yang mula mempermainkan panggilan itu.


"Nak malu apa isteriku?" 

"Nak malu apa isteriku?" Ini lah reaksi si suami apabila si isteri naik angin, kemudian dia mengakui yang dia sudah mula panggil anaknya yang baru lahir ini dengan nama Bossku. 


Cerita sebenar 

Dean adalah social media influencer dan suka bergurau dan berlawak. Dia mengakui bahawa gambar sijil kelahiran itu sebenarnya telah disunting pada bahagian nama anaknya sejurus selepas mendapatkan dokumen tersebut dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Jumaat lalu (18 Januari 2019).

Dia juga mengakui yang isterinya tahu yang dia adalah seorang yang suka berjenaka dan bergurau. Apabila dia memberitahu isteri nak letak nama Bossku itu, isterinya antara percaya dan tidak percaya.


Gurauan semata-mata 

Dia berjaya membuatkan isterinya mempercayai apa yang diguraukan apabila dia mengambil langkah menyunting bahagian nama di sijil kelahiran tersebut dan menghantar gambar sijil kelahiran kepada isterinya melalui Whatsapp. Terus si isteri naik angin dan meminta dia menunjukkan sijil kelahiran sebenar di hadapannya sendiri. Ternyata itu hanyalah prank semata-mata.


Nama sebenar bayi

Dean menjelaskan bahawa nama anak keduanya itu sebenarnya adalah Umar Al-Faqeh yang dilahirkan pada awal pagi 12 Januari lalu, dan ia jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

Nama sebenar anak kedua Dean yang didaftarkan di JPN


Sumber : Facebook 





No comments

Powered by Blogger.
a