Header Ads

"Ni Neelofa ke? Nak peluk boleh?" - Warga emas teruja Neelofa datang rumah


Pelakon, pengacara dan usahawan berjaya terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor memuat naik insta story miliknya dalam penglibatan satu kerja khidmat masyarakat bersama peminatnya, Neelofa Team.

Berlangsung pada Sabtu lalu,program aktiviti kemasyarakatan ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga syarikat minuman Chatime.

Melibatkan hampir 70 orang peserta, mereka telah berkumpul seawal jam 8 pagi di Kuala Selangor untuk proses agihan barangan keperluan dan juga pembahagian tugasan dan kumpulan.







Mereka yang terpilih merangkumi pelbagai aspek keperluan, antaranya mempunyai ahli keluarga yang berstatus orang kelainan upaya, kematian suami atau isteri, mempunyai masalah kesihatan mental dan depresi serta mereka yang berstatus ibu tunggal.

Antara bentuk sumbangan yang telah dihulurkan adalah seperti barangan keperluan harian (gula, beras, tepung, sabun pencuci, barang makanan), kelengkapan rumah (set meja makan, peti ais, mesin basuh, dapur memasak) dan juga sedikit sumbangan kewangan.

Tidak terhad kepada sumbangan berbentuk barangan, peserta juga mengambil kesempatan yang ada untuk membersih dan mengemas persekitaran rumah.


Dalam insta story Neelofa, ada seorang makcik yang begitu teruja apabila Neelofa berada di depan matanya langsung berkata, "Ni Neelofa ye? Nak peluk boleh?". Insta story itu telahpun hilang selepas 24 jam. 

Menariknya, menerusi pencarian di laman Twitter, peminat berkongsi momen menarik yang berlaku ketika program itu berlangsung.


Sebuah video yang memaparkan seorang wanita warga emas terharu apabila diberikan sumbangan oleh Neelofa menarik perhatian peminat pengacara itu.

Peminat amin kan doa warga emas dipercepat bertemu jodoh 




Peminat memuji aksi spontan Neelofa yang terus memeluk wanita itu selepas menghulurkan sumbangan.

Sumber : Astro Awani 
 
 

No comments

Powered by Blogger.
a