"Pinjam Ah Long pakai alamat rumah orang lain, now orang lain kena tanggung" - Wanita diganggu Ah Long, minta viral cari penyewa lama yang berhutang
Dua hari lalu, seorang wanita telah memuat naik status di laman Twitter nya apabila dia mendakwa diganggu oleh Ah Long yang sering menakut-nakutkan dirinya di sebuah rumah yang dipercayai hanyalah rumah sewanya yang berada di Nilai, Negeri Sembilan.
Tweet itu bertujuan untuk mencari peminjam hutang sebenar yang menyewa rumahnya sebelum ini agar bertanggungjawab ke atas apa yang telah dilakukan. Ah Long sering datang ke rumah dan mencari penghutang kerana ingin memungut hutang.
Wanita yang menggunakan nama Nur Adhariah di Twitter adalah mangsa kejadian kerana dia tidak ada kait mengait dengan peminjam yang berhutang dengan Ah Long dan membuat laporan polis kerana keselamatannya terancam.
Kena tanggung rasa takut
Muda2 dah pinjam Ah Long. Pinjam Ah Long pakai alamat rumah orang lain. And now Adha yg kena tanggung rasa takut if terjadi apa2 dekat rumah. Hopefully peminjam ni dapat dijumpai. Spread this all, until the peminjam dijumpai.#thepoweroftwitterians pic.twitter.com/1CZveQH2Xr— Nur Adhariah (@aareadha) February 16, 2019
Nama peminjam Nurul Ain Shuhada Binti Rozly
Nama peminjam Nurul Ain Shuhada Binti Rozly. Dari Kelantan lahir tahun 1993. If you know, please let me know. pic.twitter.com/LylGtwBios— Nur Adhariah (@aareadha) February 16, 2019
Ah Long ambil fius elektrik
Yg jahatnya Ah Long ni, dia pergi ambil fius elektrik 2x dah. TNB jd pelik asal jadi mcm tu. Mungkin ni pun first case dia org. So Polis alert ni dah jadi kes jenayah sebab menceroboh masuk kawasan rumah dan mencuri.— Nur Adhariah (@aareadha) February 16, 2019
Berharap this girl dijumpai sebab dah menyusahkan orang
Adha berharap this girl dijumpai sebab dah menyusahkan orang. And now I have to deal with the Ah Long. Yakinkan dia org this girl is not staying at this house anymore. Hopefully they all tak bertindak agresif. Simbah cat or do something to the house or cars.— Nur Adhariah (@aareadha) February 16, 2019
Tempat kunci kena cabut
17/12/2019— Nur Adhariah (@aareadha) February 17, 2019
Hari ni tempat kunci kena cabut. Cari keliling kereta tak de pun casing tu. Memang pasti semalam masa pergi balai polis, masih ada. Masa sampai rumah dan lock pagar, masih ada. Haih. Tak tau la nak salahkan ah long ni panjat pagar ke then cabut. pic.twitter.com/kqkSnQVFtW
Update dari pejabat polis
Dah tiada gangguan selama 2 hariUPDATE: 18/02/2019 (ISNIN)— Nur Adhariah (@aareadha) February 18, 2019
Pihak saya dah call PPIM, dan PPIM cuma terima aduan untuk si peminjam ceti haram sahaja. Jadi untuk pihak saya, cuma perlu buat aduan polis kerana ni dah jadi kes jenayah atas sebab menceroboh dan mencuri. Jadi, pihak polis dr Unit Jenayah dah alert.
Jadi, saya harap perkara ini tidak berlaku lagi. Semoga ini menjadi pengajaran untuk si peminjam juga. Alhamdulillah selama 2 hari di rumah, tiada apa2 gangguan dah daripada Ah Long. Saya berharap Ah Long stop menggangu kerana saya tiada kaitan dan tidak mengenali si peminjam.— Nur Adhariah (@aareadha) February 18, 2019
'Ada india menghendap rumah i senyap-senyap'
Seorang jiran mangsa memberitahu rumahnya juga pernah di 'aim' oleh seseorang. Kawasan perumahan mangsa juga adalah kawasan didiami oleh ramai pelajar. Dia berharap agar semuanya berada dalam keadaan selamat.
Sumber : Twitter
Post a Comment