Header Ads

5 'Port Nasi Lemak' Di Sekitar KL Yang Anda Wajib Cuba. Kedai No 1 Ramai Kata Padu Habis!


Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi masyarakat Melayu dan digemari oleh seluruh penduduk Malaysia. Hidangannya ringkas tetapi sangat mengenyangkan. Hanya nasi yang dimasak dengan santan, kemudian dengan rasa sambal yang 'kick' menjadikan nasi lemak itu sesuatu yang menyelerakan. Di makan juga dengan sedikit sayur timun, kacang, ikan bilis dan telur rebus. Bagi sesetengah orang, ada yang menyukai nasi lemak dimakan bersama lauk pauk bagi menaikkan lagi selera seperti ayam goreng berempah, rendang ayam, telur mata kerbau, telur dadar, sambal kerang, sambal paru dan sebagainya. Tetapi, nasi lemak yang betul-betul asli tanpa lauk pauk sudah memadai asalkan sambalnya betul-betul power.

Ada 5 tempat nasi lemak yang the best di sekitar Kuala Lumpur dan jadi tumpuan ramai. Anda perlu mencuba kesemua tempat ini!

1. Nasi Lemak Wan Jo @ Kampung Baru, KL




Nasi Lemak Wan Jo memang one of the best in town. Kedai ini sudah lama beroperasi dan rasa dia tetap maintain setiap kali para pengunjung singgah ke sini.



Harganya agak mahal sedikit, tetapi boleh dijamin anda tidak menyesal kerana sedap berbaloi berbelanja lebih untuk kepuasan perut anda!

Level padu : 4.8/5

Alamat, 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur 

Waktu operasi : 7.00 a.m. - 12.00 p.m. , 3.00 p.m. - 12 a.m.

2. Nasi Lemak Medan Selera 223 @ Seksyen 51a, PJ



Ada dua gerai nasi lemak di Medan Selera 223 ni, Nasi Lemak Panas Yati dan Nasi Lemak Panas Suri. Kalau anda sukakan sambal yang pedas, anda mesti cuba Nasi Lemak Panas Yati. 

Level padu : 4.3/5

Alamat : Jalan Suasana 51a/223, Seksyen 51a, 41600 Petaling Jaya Selangor

Waktu Operasi : 5.00 p.m. - 4 a.m.

3. The Malayan Kitchen @ The Port, Bandar Utama




Ini nasi lemak rare. Gerai ini menghidangkan nasi lemak dengan lauk yang lain dari lain iaitu otak-otak, pepes, ayam pandan, ayam goreng kalasan. Nasi Lemak gerai ni kualiti memang tiptop sebab mereka masak nasi menggunakan beras basmathi.

Level padu : 4.5/5

Alamat : The Port , Lebuh Bandar Uama, Bandar Utama,47800, Petaling Jaya ( Sebelah Balai Polis Bandar Utama )

Waktu operasi : 6.00 p.m. - 2 a.m.

4. Warong Kak Long & Cheras KL



Kalau anda nak makan nasi lemak bungkus daun pisang murah, anda wajib tahu kedai ini. Sebungkus nasi lemak hanya 50 sen sahaja. Murah sangat. Tetapi anda perlu tambah lagi RM3.00 sekiranya anda inginkan lauk ayam dimakan bersama nasi lemak daun pisang tersebut. Masih lagi murah tak masuk akal kan ?

Level padu : 4.6/5 sebab murah

Alamat : 12,10, Jalan Suasana 2/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras

Waktu operasi : 6.00 a.m. - 3.00 p.m., Isnin tutup

5. Nasi Lemak Bumbung @ Sea Park, PJ



Terletak belakang Maybank dekat Seapark. Signature dish kedai ini ialah ayam goreng dan telur goyang. Sambalnya tak pedas sangat, jadi sangat sesuai untuk semua pengunjung baik dewasa mahupun kanak-kanak.

Level padu : 4.2/5

Alamat : Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi : 5.30 p.m. - 4 a.m., Jumaat tutup

Sumber : Lobakmerah

No comments

Powered by Blogger.
a