Header Ads

"Kenapa Isteri Dulu, Kemudian Baru Ibu?" Duhai Lelaki/Suami, Jangan Ambil Mudah Tentang Nafkah, Inilah Susunan Nafkah & Alasannya



Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang sama ada isteri, anak dan orang-orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan.

Antara sebab yang mewajibkan seseorang itu memberi nafkah kepada yang sepatutnya ialah perkahwinan, keturunan dan kanak-kanak yang diterima sebagai keluarga angkat. Contohnya anak angkat.

Satu muat naik thread di laman sosial Twitter oleh pengguna bernama Abu Maryam baru-baru ini tular berkenaan susunan nafkah yang perlu didahulukan apabila dapat gaji. Thread tersebut mendapat perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai bentuk soalan berkenaan nafkah. Tweet ini mendapat lebih 23,000 Retweet daripada pengguna Twitter yang lain.



1. Diri sendiri



Ramai yang tak sedar perkara ini. Kebiasaannya si pemberi nafkah terlalu mendahulukan orang lain berbanding dirinya sendiri. Tetapi, pernahkah anda terfikir jika anda sakit dan tidak sihat kerana anda tidak memberi nafkah makan yang cukup pada diri sendiri, siapa yang ingin mencari nafkah untuk mereka?

2. Isteri



Nafkah untuk isteri? Apa yang dimaksudkan dengan nafkah? Kenapa ianya hanya untuk isteri? Untuk suami tidak ada ke? Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada si suami. 
Pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami seperti yang telah ditetapkan oleh Islam. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.
Ini jelas berdasarkan kata-kata Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), kerana mereka (lelaki) menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Surah An Nisa, ayat 24
Rasulullah juga pernah ditanyakan mengenai apa hak isteri ke atas suami, lalu Baginda menjawab:
“Memberinya makan apabila kamu makan, dan memberinya pakaian apabila kamu berpakaian” (Hadis direkodkan oleh Imam Abu Daud)
Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ianya merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud Sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumah tangga yang sering berlaku ini dapat dielakkan.
Tugas si suami bukanlah memperhambakan si isteri, malah menjaga si isteri dan mengawal si isteri daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam, sekiranya si suami berkahwin lebih dari seorang isteri, bermakna si suami perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya.
Jangan ambil mudah akan perkara ini, pada zaman ini, senang-senang sahaja si isteri pula yang diarah untuk mencari nafkah buat keluarga, walhal si suami goyang kaki sahaja di rumah. Menurut hadis Rasulullah, para suami yang wajib menanggung perbelanjaan makan minum serta pakaian isteri dan juga anak-anak.
Nafkah di sini membawa maksud menyediakan makan minum yang mengenyangkan untuk isteri dan anak-anak. Tidak kira lah kalau hari-hari lauk yang sama ke, ianya tetap dikira sebagai nafkah. Wang belanja harian juga perlu diberikan kepada isteri dalam kadar yang sesuai mengikut kemampuan. Seorang suami yang tidak memberikan wang saku yang sesuai kepada isteri tanpa sebarang sebab munasabah juga sudah dikira melakukan keganasan kewangan kepada isteri, tambah-tambah lagi kalau isteri seorang suri rumah.
Sekiranya si isteri juga seorang yang berkerja, mereka juga berhak mendapatkan nafkah dua persalinan pakaian yang lengkap termasuk kasut, pakaian dalam, tudung, dan lain-lain dalam setahun.
Namun, jika si suami enggan memberi nafkah kepada si isteri, si isteri berhak mengambil duit suami tanpa pengetahuannya mengikut kadar keperluan belanja keluarga. Hal ini dibenarkan oleh syarak. Sabda Rasulullah SAW:
“Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluan kamu dengan cara yang makruf” (Hadis direkodkan oleh Imam Al Bukhari)
Sekiranya si isteri berdepan dengan suami seperti ini, isteri boleh mengambil secara diam-diam sejumlah wang yang sesuai bagi menampung perbelanjaan yang sewajarnya, malah si isteri juga sudah meringankan beban dosa suami di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

3. Anak-anak




Merujuk kepada soalan yang diajukan iaitu mengenai tempoh pemberian nafkah kepada anak-anak saudara. Jumhur Fuqaha berdasarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith sependapat menyatakan bahawa seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat:

1. Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin atau sehingga ia ada pekerjaan.
2. Bahawa anak itu miskin tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.
3. Bapa itu mampu memberi nafkah.

Konsep nafkah pada isteri




4. Bapa




5. Ibu




Adakah salah dahulukan ibu?

Dia menjelaskan tidak menjadi suatu kesalahan jika anda sebagai anak lelaki ingin mengutamakan ibu. Tetapi, perlu diingat agar nafkah isteri dan anak-anak tidak diabaikan juga.





(VIDEO) Orang Yang Wajib Diberi Nafkah Oleh Seorang Lelaki



Sumber : baitulmuslim, Twitter Abu Maryam

No comments

Powered by Blogger.
a