Header Ads

‘Hati-hati, mungkin dia aim pemilik & pemandu kereta wanita’ – Kata Aku Curi Kereta Dia, Paksa Aku Turun Kereta, Wanita Kongsi Pengalaman ‘Diserang’ Lelaki

Lelaki & perempuan yang melakukan penipuan, lelaki berkenaan dipercayai mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk dadah

Macam-macam tipu helah masa kini ternyata sangat membimbangkan lebih-lebih lagi kaum wanita yang menjadi perhatian orang berniat berbuat jahat.

Sangat terdesak inginkan duit atau sememangnya mempunyai niat tidak baik, seorang yang licik dalam memperdaya seseorang akan melakukan pelbagai jalan mudah dilakukan termasuklah dengan menipu seseorang. 

Saudari Wan Madihah telah memuat naik status di laman Facebook miliknya dan mendapat perkongsian hampir 6 ribu pengikutnya, bahawa telah didakwa memakai kereta curi kerana seorang lelaki berjumpa dengannya dan mengatakan kereta itu adalah milik lelaki tersebut yang hilang beberapa bulan yang lalu. Aneh dan wanita ini tetap mahukan kebenaran hinggalah .....

Ikuti cerita penuh di bawah.

Ada seorang lelaki datang dan suruh aku keluar dari kereta
Hari ini diuji lagi 4/3/2019.. Allahuakbar..
Macam biasa rutin pagi pergi kerja.. Turun dari rumah,masuk Kereta tiba2 seorang lelaki datang dekat Kereta meminta aku keluar dari kereta.. Tarik2 holder pintu suruh aku keluar dari Kereta..

Lelaki itu kata, kereta aku tu kereta dia punya, berderau darah aku
Tapi aku berkeras x keluar dari kereta... Lelaki tu memaklumkan bahawa Kereta aku tu Kereta dia punya.. Aku curi Kereta dia.. Allahu.. Berderau darah aku waktu tu..siap ketuk2 Kereta aku lagak samseng.. Dan tunjukkan details nama alamat ic no hp dan no chasis (menyatakan aku curi dia punya -klon dia punya).. Siap ambil gambar aku waktu dalam kereta...

Aku bawa geran kereta, dia kata ni kereta dia yang hilang 5 bulan lepas 
Aku cuba call husb xdapat sbb hp off tgh charge. Masatu aku buntu sgt2. Hanya istighfar byk2 kali.. dgn bantuan Allah ,aku teringat group perumahan aku aku kol ajk Minta bantuan.
Bila ajk sampai, aku turun dr Kereta aku pergi panggil husb aku dan bw bersama geran Kereta aku.. Waktu kejadian, semasa aku panggil husb aku lelaki bersama seorg wanita memaklumkan wanita itu sedara aku.. Nak settle kan kes kami.. Bila aku turun dia maklumkan Kereta dia hilang 5bln lepas dan aku curi Kereta dia. Nak jadikan Carita, lelaki ni pusing2 cerita dan call seorang lelaki.. Lelaki ni menyatakan dia seorang lawyer.. Kami panggil polis, bila polis bercakap dgn lelaki berkenaan dia maklumkan dia sprm.

Bila aku nak report polis, dia tak bagi
Bila aku nak buat report polis, lelaki itu meminta maaf dan xbg aku report polis dan xnak panjangkan cerita..bila aku minta kertas yg terdapat semua details aku, lelaki itu kata dah Buang, aku cakap bila masa u Buang, bila minta lagi dia koyakkan kertas yg ada segala details aku atas alasan aku xnak maafkan dia.. Tapi aku bertegas utk report sbb waktu aku keseorangan dalam kereta dia siap ajak aku pergi balai polis atas sbb aku curi kereta..

Lelaki berkenaan ada rekod jenayah termasuk dadah
Lelaki dan perempuan berkenaan maklumkan akan pergi balai tetapi mereka lari menaiki grab.. Polis berkenaan memaklumkan lelaki berkenaan mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk dadah.

Dia dah follow aku lebih seminggu dan pernah menyamar jadi penarik kereta
Aku rasa dia mungkin dah follow aku lebih seminggu. Ada penduduk kwsn aku maklumkan dlm pkl 7 mlm 3/3/2019 Kelli ini sudah dtg tengok dlm Kereta ambil gambar Kereta keliling.. Penduduk berkenaan tanya pada lelaki ini knp ambil gambar Kereta ni, kamu siapa? Lelaki ni maklum dia penarik Kereta dan kereta aku Ada hutang bank jadi Kereta aku bank suruh tarik.. Bila penduduk ni nampak lelaki ni beserta ajk penduduk sini, terus dia maklum aku pasal lelaki ni dah dtg semalam..

Wanita luar sana tolong hati-hati, mungkin dia aim pemilik kereta & pemandu perempuan
Wanita luar Sana, hati2.. Bahaya dimana2..mungkin kes ni berkaitan dengan nota yg ditinggalkan di wiper kereta aku seminggu yg lepas yg mula2 kata mencari sedara dgn menyatakan Kereta itu sedara dia punya lepastu kata kunci spare tertinggal dalam Kereta minta alamat rumah.. Mungkin dia aim pemilik Kereta dan pemandu perempuan...

Aku masih trauma dengan kes pagi tadi.. Allahu.. Hanya Allah tempat aku minta pertolongan..
Yg benar,
-pwm-

Sumber : Facebook Pearl Wan Madiha

No comments

Powered by Blogger.
a