Header Ads

Tiada straw di Melaka bermula Mei ini


Larangan penggunaan penyedut minuman atau straw plastik akan dimulakan di Melaka berkuatkuasa selewat-lewatnya Mei ini.

Usaha memelihara kualiti alam sekitar


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew berkata, langkah berkenaan sebagai usaha memelihara kualiti alam sekitar di negeri itu sekali gus mengurangkan pencemaran berasaskan plastik.

Kedai makan atau restoran dinasihatkan tidak menyediakan straw kecuali..
Justeru, pengusaha restoran atau kedai makan dinasihatkan tidak menyediakan penyedut minuman plastik kepada pelanggan kecuali mereka minta tanpa sebarang caj dikenakan.

Didik masyarakat terhadap bahan tidak boleh diurai


Buat masa ini, kerajaan negeri berhasrat mendidik masyarakat terhadap penggunaan bahan yang tidak boleh diurai. Kalau boleh jangan pakai (penyedut plastik),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, Melaka hari ini.
Terdahulu, Kok Kiew (PH-Banda Hilir) menjawab soalan lisan dikemukakan Datuk Wira Ismail Othman (BN-Kuala Linggi) berhubung penjelasan pelaksanaan mesin pelupusan sampah kepada tenaga atau Waste To Energy (WTE) di Melaka.

WTE bakal dilaksanakan di Melaka paling terawal
Katanya, pembinaan WTE bakal dilaksanakan awal tahun depan selepas proses pengambilalihan empat hektar kawasan tapak pelupusan sampah di Sungai Udang.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu WTE ditempatkan di setiap negeri dan Melaka antara negeri terawal menerima mesin ini,” katanya.



Sumber : Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.
a