Header Ads

"Anak Saya Belum Ada Gigi Dan .... " Cerita Dari Ibu Mangsa Tentang Bayi Meninggal Dunia Lepas Makan Epal Lenyek


Bayi lelaki berusia sembilan bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Baling apabila tidak sedarkan diri selepas diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh di sebuah taska di Taman Mesra, Kupang, Baling.

Mangsa, Muahmmad Fawwaz Mohd Fadlan berada di ruang dapur taska terbabit diberi makan buah epal lenyek oleh pengasuh dalam jam 9.15 pagi.

Namun, tiba-tiba mangsa menangis dengan kuat kerana ingin mengikut penyelia pengasuh sebelum tiba-tiba dia tidak sedarkan diri.

Selepas makan epal lenyek

Gambar Hiasan

Menurut laporan Harian Metro, penyelia terbabit kemudian terus membawa bayi tersebut ke Klinik Kupang dan ketika itu masih bernyawa sebelum dirujuk ke Hospital Baling.

Bagaimanapun sebaik tiba di hospital, mangsa iaitu bayi terbabit disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan telah dilakukan dan tiada kesan luka atau lebam di badan.

Mayat bayi itu dihantar terus ke Hospital Sultanah Bayiyah (HSB) Alor Setar untuk dibedah siasat.

Cerita dari Si Ibu 

Keluarga si bayi (mangsa)

"Saya berada di sekolah ketika kejadian dan pihak taska menghubungi, tapi tak sempat menjawab kerana sedang mengajar, tapi tak sempat menjawab kerana sedang mengajar sehinggalah kawan sekerja memberitahu kejadian itu setelah pihak taska menghubungi pula.

Saya difahamkan anak diberikan buah epal yang telah dipotong dan dilumatkan, malah makanan sama disuap kepada anak pengasuh yang seusia anak saya.

"Anak saya belum ada gigi, mungkin ketika mengunyah dia tertelan terus dan pengasuh yang menyangka anak tercekik cuba mengorek kerongkongnya dengan jari, tetapi tiada apa-apa", luah Munirah.

Sangat menyedihkan namun ibu kepada mangsa, Munirah Abd Rahman, 38 dan suaminya, Muhammad Fadlan Saidin, 38, menerima takdir tersebut walaupun mengakui masih terkejut dengan kejadian yang menimpa bayinya itu.

Sumber : Harian Metro, Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.
a