Header Ads

"Ni Kalau Adik Aku,Lama Dah Kena Terajang" - Netizen 'Panas' Tengok Video Viral Remaja Buli Lelaki Tua, Ini Rupanya Punca Sebenar


Tular di laman sosial semalam video sekumpulan remaja lelaki 'bergurau' dengan seorang lelaki warga emas. Dalam video tersebut, remaja itu cuba menumbangkan motor warga emas itu dan membaling kepingan kotak ke arah warga emas tersebut.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik di laman Facebook, lantas mengundang kemarahan netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan biadap remaja kepada orang yang lebih tua.

Memetik laporan sinar harian, mangsa iaitu Encik Mohd Mudakir Abdul Wahid menceritakan hal yang sebenar.

Cuma nak ajak solat Asar, tapi ...



Menurut Encik Mudakir, beliau hanya ingin mengajak remaja berkenaan untuk sama-sama mendirikan solat Asar namun tidak diendahkan. Kemudian, apabila beliau selesai solat Asar, remaja tersebut diajak sekali lagi agar menunaikan solat, kemudian berlakulah kejadian seperti dalam video rakaman itu.

"Saya hanya mahu menasihat dan mengajak mereka untuk menunaikan solat Asar. Apa pun yang sudah terjadi, saya maafkan sahaja.

Mula-mula saya datang sebelum masuk waktu Asar untuk ajak mereka solat dulu. Tapi tak diendahkan sebelum saya ke surau terlebih dahulu.
Selesai solat Asar saya datang semula dan menegur remaja berkenaan sekali lagi, tetapi sebaliknya yang berlaku."


Mohon maaf



Tambahnya lagi, remaja terbabit sudah hadir untuk memohon maaf atas kesalahan mereka dan dia mengambil keputusan memaafkan mereka. Di beranggapan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menegur sebagai saudara seislam.

"Semua remaja itu hadir bagi memohon maaf dan saya kemudian memaafkan perbuatan mereka, tiada dendam. Saya anggap tanggungjawab saya untuk menegur remaja berkenaan sebagai seorang Muslim.
Saya rasa berdosa jika saya tak nasihatkan mereka untuk tunaikan tanggungjawab."


Anggap remaja itu hanya bergurau
Dalam pada itu, Mohd Mudakir juga tidak meneruskan kekecohan dengan membuat laporan polis dan menganggap remaja terbabit hanya bergurau.

"Namun, mungkin mereka hanya budak-budak dan saya juga turut mengenali ibu bapa mereka yang juga penduduk kampung sama.

Saya tidak mahu memanjangkan perkara itu sehingga membuat laporan polis, mereka mungkin berniat untuk bergurau."


Video buli warga emas oleh remaja yang tular di laman Facebook


Sumber : Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.
a