Header Ads

Apa Isyarat Pembunuhan Ini Kepada Kita? Ini Kata Pegawai Eksekutif MYCARE


Dunia seolah-olah terhenti serta-merta di Malaysia apabila seorang Imam muda dari Palestin, dikenali sebagai Imam Dr. Fadi Al-Batsh yang dibunuh sewaktu perjalanan mengerjakan solat Subuh. Lebih tragis, beliau syahid meninggalkan seorang balu dengan tiga orang anak yang masih kecil. Siapa yang mengarahkan pembunuhan ini dilakukan? Kenapa Imam Fadi menjadi sasaran? Apakah isyarat pembunuhan ini kepada kita?

Menurut Kamarul, mangsa Dr Fadi M R Albasth Fatma tidak pernah mengadu bahawa dia terima ancaman dari mana-mana pihak. Namun bagi Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata mangsa tidak mempunyai musuh.




Beliau juga adalah merupakan seorang pensyarah bidang Kejuruteraan Elektrik di sebuah IPT di negara kita dengan kelulusan Doktor Falsafah. Beliau bukan sahaja sering diundang menjadi Imam solat Tarawikh pada bulan Ramadan, bahkan juga aktif memainkan peranan penting dalam usaha pengumpulan dana dari Malaysia untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.



Laporan setakat ini menyatakan bahawa dua pembunuh yang bertanggungjawab melepaskan sepuluh das tembakan terhadap beliau sudah pun menunggu selama 20 minit sebelum melakukan pembunuhan tersebut. Berdasarkan jumlah tembakan yang sebegitu banyak tanpa sebarang petunjuk motif ragut atau rompakan yang jelas, pembunuhan sebegini amat mirip sekali dengan modus operandi ‘Targeted Killing’ atau ‘Pembunuhan Bersasar’ yang diamalkan oleh Israel sejak sekian lama.

Sekiranya kelak dibuktikan bahawa sememangnya wujud campurtangan asing dalam kes ini terutama sekali Mossad Israel, maka ia merupakan isyarat jelas bahawa rejim haram tersebut telah menceroboh kedaulatan negara kita dan wajar diberi pengajaran yang bukan sebarangan.

Hamas mengesahkan bahawa saintis penyilidikan khusus dalam isu tenaga berkenaan ialah salah seorang dari anggotanya dan Hamas tidah menuduh Israel membunuh beliau tetapi menyifatkan mangsa sebagai mati syahid.

Sumber : OhBulan

FACEBOOK kimskinhq

No comments

Powered by Blogger.
a