Header Ads

'Jom Bagi Coklat Kat Abang & Akak Polis' dengan tanda pagar #chocs4cops



23 Mei: Semenjak berita mengenai polis makan dan meminta coklat di rumah Datuk seri Najib Razak ketika operasi dan penyiasatan sedang dijalankan viral, isu ini masih menjadi perbualan masyarakat.

Terbaru, peguam dan juga aktivitis Siti Kassim berhasrat untuk memberi coklat kepada polis sempena kedatangan bulan ramadhan ini.

Katanya program ini sebagai tanda penghargaan kepada pihak polis. Siti Kassim atau juga meminta rakyat malaysia bersama-sama melakukan perkara itu pada hari sabtu ini (26mei) dari jam 4 sehingga 5 petang.

FB: Triherb

Acara itu dinamakan 'Jom Bagi Coklat Kat Abang & Akak Polis' dengan tanda pagar #chocs4cops yang kini tular di Facebook, dan ramai yang memberi sokongan kepada program itu.



Siti kassim meminta rakyat Malaysia lain untuk memberi coklat ke balai-balai polis terdekat dan meminta memuat naik gambar atau video pemberian itu di media sosial..

Beliau menambah, idea tersebut susulan aduan terhadap polis baru-baru ini yang didakwa mengambil coklat di dalam peti sejuk di 'satu tempat'.

Ia merujuk kepada aduan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa beberapa anggota polis mengambil coklat dari peti sejuk di kediamannya ketika serbuan dijalankan berkaitan dengan kes 1MDB.

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.
a