Header Ads

Mohd Shafie Apdal pula "TIDAK DIBENARKAN MASUK ISTANA" ! Demokrasi apakah ini soal RAKYAT ?


Jika sebelum ini ketua Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir tidak dibenarkan untuk mengangkat sumpah pada hari ini, cerita dan drama yang sama berlaku di Sabah

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), sebentar tadi tiba di pekarangan Istana Negeri, Kota Kinabalu, dipercayai ingin mengadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.
BACA : Istiadat angkat "SUMPAH" Tun Mahathir tidak "DIBENARKAN" pada hari ini ! Rakyat tanya drama apakah ini ?

Namun beliau yang tiba pada jam 10.10 pagi tidak dibenarkan masuk ke laluan menuju ke istana oleh pihak polis yang telah siap sedia mengawal laluan tersebut.

Beliau ke istana pagi ini bagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu untuk Negeri Sabah. Ketika beliau ditanya oleh pihak media beliau hanya menjawab lebih baik "Merendah diri".

Disabah kerajaan baharu negeri di bentuk apabila parti komponen bn dan pakatan warisan bersama DAP dan PKR masing-masing terikat 29 kerusi.

Baki dua daripada 60 kerusi DUN lagi dimenangi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan, namun setakat ini parti itu belum menyatakan pendirian untuk menyokong mana-mana pihak sekali gus membolehkan kerajaan negeri dibentuk.

Difahamkan, Mohd Shafie akan kembali ke istana selepas mendapat kebenaran daripada pihak istana dan keselamatan.

KS merasakan semakin dramatik pula untuk mengumumkan kerajaan baru. Semoga tiada plot twist daripada pihak pembangkang ! Ayuh sejahterakan Malaysia

KOMEN RAKYAT TENTANG ISU INI ! 






Sumber: Harian Metro
Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a