Header Ads

Betul ke ? Tun Mahathir "ANGKAT SUMPAH" jam 9.30 nanti ?


Sebelum ini KS ada post artikel berkaitan dengan Tun Dr. Mahathir tidak dibenarkan untuk mengangkat sumpah pada hari ini.

Selepas itu pada petang tadi ada dengar ura-ura yang mengatakan bahawa bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 ini mengangkat sumpah pada jam 5 petang.

Mengikut laporan dari Sinar Harian Dr Mahathir dalam sidang akhbar bersama para pemimpin dalam Pakatan Harapan berkata, terdapat keadaan mendesak bagi negara untuk menubuhkan sebuah kerajaan secepat mungkin oleh kerana tempoh kerajaan sementara telah pun berakhir malam tadi.

Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang anggota parlimen yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat sebagai perdana menteri.

“Jadi, anggota dalam Pakatan Harapan, semua ahli parlimen yang menyertai Pakatan Harapan, telah pun menandatangani dan mengisytiharkan bahawa mereka menyokong calon yang dipilih oleh parti gabungan ini untuk menjadi perdana menteri. Anda telah pun mendengar nama calon berkenaan, iaitu Dr Mahathir Mohamad.

“Kami berharap sebelum jam 5 petang ini, akan berlangsung upacara mengangkat sumpah. Sebab tanpa perdana menteri, tidak akan ada kerajaan, tanpa kerajaan, tidak akan ada undang-undang dan perlembagaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini berhubung kelewatan upacara mengangkat sumpah itu.

Hari ini, Istana Negara telah meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengumumkan keputusan PRU14, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz
Namun majlis itu belum lagi dijalankan oleh Pihak Istana Negara. 

Maka majlis ini dikatakan ditangguh pada jam 9.30 Malam ini ! 

KS juga masih tertunggu-tunggu laporan rasmi berkaitan ini. So kita sama-sama nanti sama ada benar atau tidak Tun Dr Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada jam 9.30 malam ini atau tidak.

Untuk anda yang ingin dapatkan laporan terkini boleh follow Kaki Share, KS akan berikan update terkini secepat yang mungkin. 


Sumber: Harian Metro
Kaki Share

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a