Header Ads

'Saya Ambil Keputusan Untuk Diamkan Diri Dari Media Sosial' - Faiz Roslan

Selepas dikecam teruk oleh netizen dan dihimpit kontroversi yang cukup besar gara-gara video pengakuan dia dan rakan-rakan tidak berpuasa, Instafamous Faiz Roslan akhirnya tampil memohon maaf menerusi laman sosial Twitter.

Video tersebut telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia sehingga turut mendapat reaksi dari Mufti Wilayah Persekutuan.

Namun dengan isu itu Faiz telah menyahaktif semua akaun sosial medianya seperti Twitter dan Instagram buat sementara waktu.

“Saya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri daripada media sosial sehingga raya.Ya, ada orang kata saya boleh larikan diri dekat media tapi bukan dekat netizen dan Allah. Saya tahu tu”

Malahan dengan kejadian itu Faiz turut memohon maaf dan sudah mendapat pengajarannya.Dia mengambil keputusan untuk berhenti buat video jangka masa yang lama.

Saya akan berhenti membuat video untuk waktu yang lama. Now I got the lesson,Kita sesama manusia memaafkan satu sama lain. Saya minta maaf. Sudah banyak tweet yang buruk pasal saya, video saya di explore IG, macam-macam lagi, well nama dah kotor, apa boleh buat. Sekarang saya reda dan saya akan mendiamkan diri untuk sementara waktu,”



FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a