Header Ads

Saya sudah rimas, Saya bukan nak jadi Selebriti - Syed Saddiq




17 Mei: Nampaknya ahli parlimen muar yang berusia 25 tahun ini sudah mula rimas dengan pelbagai gosip yang melibatkannya.

Ini selepas beliau sering dikaitkan dengan beberapa wanita termasuk pelakon popular.

Syed Saddiq mengatakan bahawa beliau mahu semua pihak bagi focus kepadanya atas setiap tawarannya kepada anak muda seperti yang dijanjikannya dalam manifiesto.

"Tolonglah fokus kepada tawaran saya kepada anak muda iaitu rumah mampu milik, jalur lebar berkelajuan tinggi, penangguhan bayaran PTPTN dan pelan pembangunan untuk jadikan #MuarMutiaraJohor, katanya.



Rimas dengan gosip, Syed Saddiq berkata, ia tidak akan menyelesaikan masalah anak muda.

"Please. Gosip tidak akan menyelesaikan masalah anak muda," katanya.

Semalam, Emma Maembong menafikan cuba memikat Syed Saddiq selepas gambar mereka tersebar di media sosial dengan mendakwa dia mengenali lelaki itu sejak dua tahun lalu.

Bukan sekadar itu, netizen mula membuat andaian terhadapnya dan Neelofa selepas pendebat terbaik di dunia itu muncul dalam program Meletop.

Terdahulu, Syed Saddiq turut dikaitkan dengan seorang doktor muda selepas gambar bersama wanita itu  tular.


Kesian KS tengok si Syed Saddiq ni, beliau punyalah cuba focus dengan kerjanya sebagai ahli parlimen. Tetapi diganggu dengan pelbagai gosip.

Jadi lepas ni janganlah kaitkan dia dengan gosip da ye pun netizen ni.. Sampai merayu dah si Syed Saddiq ni...



FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a