Header Ads

Sebab Mengapa Wujudkan "Tabung Derma" Rakyat



31 Mei: Umum mengetahui bahawa Malaysia telah melancarkan satu tabung derma. Namun tahukah anda sebab apa tabung tersebut diwujudkan? 

Berikut KS kongsikan antara sebab dan penyebab mengapa tabung ini telah dilancarkan. So korang jangan salah faham dah.

- Tabung ini adalah tempat rakyat untuk membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara yang berjumlah RM1 Trillion. 

- Tabung ini bagi memastikan tidak ada penipuan atau scammer yang mengambil kesempatan kerana sebelum tabung ini diwujudkan sudah ada rakyat yang menghulurkan wang ringgit untuk membantu kerajaan.

- Tabung ini bulanlah tabung untuk mencari nilai yang banyak tetapi hanya satu tabung patriotisme. 



Berikut KS kongsikan pendapat DATUK A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.

Bagi saya, penubuhan “Tabung Harapan Malaysia” lebih berupa saluran bagi rakyat jelata menzahirkan rasa kasih sayang kepada negara.

Juteru, bukan jumlah derma yang menjadi ukuran tetapi manifestasi kasih sayang dan patriotisme terhadap negara.

FB: Triherb
Namun begitu, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas mesyuarat kabinet hari ini, tabung itu akan membantu mengukuhkan kewangan negara.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, nombor akaun derma tersebut ialah Malayan Banking Berhad 566010626452.

Bagaimanapun, tabung itu boleh menjadi cukup besar dan berkesan jika “billionaire”, jutawan, orang kaya dan syarikat besar turut memberi sumbangan dalam jumlah yang banyak.

Ada baiknya derma patriotisme itu masuk terus ke dalam akaun Kementerian Kewangan daripada ke dalam pelbagai akaun awam seperti yang berlaku sejak beberapa hari lalu.

Namun kita berterima kasih kepada pihak-pihak awam yang telah secara sukarela melancarkan kutipan yang tujuan asalnya membantu kerajaan baru Pakatan Harapan membayar balik hutang.

Hasrat membantu kerajaan ini tercetus apabila dihebahkan yang hutang kerajaan kini melebihi RM1 trilion (RM1,000,000,000,000) akibat pemborosan dan salah tadbir ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional yang dikalahkan dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.

Dalam keadaan kewangan yang sempit sekarang, kerajaan bukan sahaja memerlukan hasil untuk membayar balik hutang tetapi ia juga untuk menampung perbelanjaan lain.

Tahun ini kadar faedah hutang sahaja dianggarkan RM31 bilion.
Maka atas sebab itulah kerajaan terpaksa membuat keutamaan baru dalam membelanjakan hasil yang terhad seperti membatalkan atau merundingkan semula projek raksasa peninggalan kerajaan lama.

Sumber: Malaysiakini

No comments

Powered by Blogger.
a