Header Ads

Nak Bantah Ketika Perbahasan, Bukan Lari Dari Majlis - Khairy Jamaluddin




Pada hari ini semua sedia maklum bahawa sidang Dewan Rakyat kecoh ketika sesi pencalonan Speaker Dewan Rakyat yang baharu pada pagi ini disusuli dengan ahli parlimen pembangkang bertindak untuk keluar dewan.

Ia sebagai protes kepada perlantikan bekas hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini, menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Perlantikan beliau disahkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah kerana hanya satu nama yang diterima untuk perlantikan jawatan tersebut

Namun apa yang menariknya apabila Khairy Jamaluddin bertindak kekal didalam dewan.

Beliau berkata tindakannya berbuat demikian adalah bagi menghormati majlis.

"Hari ini merupakan hari kita mengangkat sumpah jadi kita perlu hormati Dewan dan juga menghormati majlis angkat sumpah.



"Cara mana kita nak bantah itu kita boleh buat sewaktu perbahasan nanti atau selepas upacara perasmian pembukaan pada hari esok dalam perbahasan atau melalui 'standing order' pada hari Rabu,"katanya kepada pemberita di Parlimen, di sini hari ini.

Baginya lagi, lebih baik ahli dewan menghormati majlis.

"Dan kita tak buat apa tindakan yang mencemarkan imej BN sebagai pembangkang yang berwibawa, dan ini saya bercakap bagi diri saya,"katanya.

Pagi tadi, ahli Parlimen BN dan Pas keluar Dewan Rakyat sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohd Ariff Md Yusof.

Protes ini tercetus kerana pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ketegangan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat,Datuk Roosme Hamzah bangun mengumumkan pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, tiba-tiba ahli Parlimen BN dan Pas memintas menyatakan lantikan itu tidak sah.

Difahamkan, selain Khairy, Datuk Seri Anifah Aman (Umno-Kimanis) turut tidak meninggalkan dewan.

Sumber: Sinar Harian

No comments

Powered by Blogger.
a