Header Ads

"Wasit Curang Lagi !!! Kali Ini Melibatkan Pasukan Regu Sepak Takraw Malaysia"



Jika semalam kecoh dengan mutu pengadilan pengadil untuk pertandingan pencak silat kelas E yang melibatkan atlet negara sehingga Mohd al-Jufferi menarik diri dalam pertandingan itu.

Hari ini sekali lagi satu mutu pengadilan yang teruk dan hampir-hampir meranapkan impian negara untuk mendapatkan emas ke-4.

Ini selepas pertandingan sepak takraw yang melibatkan pasukan negara melawan tuan rumah Indonesia berlaku sedikit kontroversi apabila pada set kedua yang mana Malaysia wajib menang setelah kalah pada set pertama. Namun bola in yang dibuat oleh pasukan negara dikira out oleh pengadil diakhir perlawanan.

Ini selepas pasukan indonesia melakukan challenge. Hal ini menyebabkan pasukan negara terpaksa menunggu lagi apabila pada kedudukan 20-20.

Namun pasukan negara tidak mengsia-siakan peluang apabila berjaya mengutip dua mata berharga selepas itu. Dan Malaysia berjaya pada set kedua dengan keputusan Malaysia 22-20 Indonesia.

Ini menyebabkan mereka terpaksa berlawan pada set penentuan.

Pada set penentuan pemain-pemain negara nampak sangat konsisten dan berjaya menamatkan kemarau emas kem sepak takraw negara libasan terakhir dari killer Malaysia dengan keputusan Malaysia 21-11 Indonesia.

Tahniah kami ucapkan kepada regu sepak takraw Malaysia yang berjaya mengalahkan pasukan regu tuan rumah...

No comments

Powered by Blogger.
a