Header Ads

Terjawab Sudah Mitos tentang Mee Segera yang ramai tak tahu!


Sedap kan makanan yang bernama mee segera ? Sedap betul mee segera jika dimakan waktu hujan lagi menaikkan selera si pemakan. Mee segera juga adalah penyelamat kebanyakan manusia di seluruh dunia apabila terlalu lapar, ingin ‘ikat perut’, malas ke kedai makan dan sebagainya. Dalam erti kata lain, mee segera adalah penyelamat semua. Tetapi ada juga yang kata tidak elok makan mee segera kerana akan menjejaskan otak lebih-lebih lagi pelajar. Malah ada juga yang berpendapat buruk tentang mee segera ini, adakah betul mee segera menjadikan seseorang itu bodoh ?

Mari kita kupas satu persatu isu ini sama ada ianya fakta atau mitos semata-mata.

MITOS tentang mee segera :

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas ? InI disebabkan oleh kandaungan ‘wax’ (lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah , hari ini anda makan mee segera, dan esoknya anda terasa nak makan lagi, jangan makan ok.

Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana lilin mengambil masa selama 3 hari untuk di hadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda? Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.

Jawapan :

Bahaya mee segera sebenarnya terlatak pada tinggi garam dari perencah dia. Ia adalah diet yang tak seimbang kalau dimakan selalu. Ia tak menyebabkan kanser dan tiada kes ‘potong usus’ dilaporkan setakat ini.
Makan mee segera juga adalah tidak menjadikan seseorang itu bodoh atau kurang cerdik, banyak juga jasa makanan ini dalam menghilangkan kelaparan bakal doktor, jurutera, pakar ekonomi ketika di universiti. Tambahan lagi, ia tidak juga menjadikan seseorang itu botak.


Namun begitu ada beberapa masalah iaitu, kalori sebungkus mee segera ini bersamaan dengan joging 30 minit atau berbasikal selama 45 minit. Kadar lemak (fat) juga tinggi. Oleh itu, makanan ini bukanlah pilihan baik untuk menurunkan berat badan. 





Kandungan garam di dalam mee segera juga sangat tinggi lalu meningkatkan risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi. Ini kurang sihat kerana ia akan melebihi pengambilan garam seharian. Tetapi jika anda teringin, makanlah, cuma jangan jadikan ia makanan harian. Kiranya, tatkala dalam keadaan ‘darurat’ sahaja.

Info tambahan, komplikasi penyakit darah tinggi untuk jangka masa panjang,penyakit strok, serangan jantung, kegagalan jantung dan buah pinggan juga sering dihidapi oleh pesakit darah tinggi. Maka, kita perlu bijak menangani penyakit seperti ini dengan mengawal pemakanan kita seharian.

Source : 
#MedTweetMY
Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)
Medical Mythbusters Malaysia
&
#MedTweetMY
Dr Waque
Emergency Medicine Specialist













No comments

Powered by Blogger.
a