“Saya tidak tahu, saya tidak mempunyai pengesahan rasmi jadi saya tidak boleh berkata apa-apa,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu.
Beliau ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas membuat kenyataan mengenai rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights, di Dewan Rakyat semalam.
Desas-desus mengenai perkahwinan itu tular di media sosial. Menurut Agensi Media Islam Rusia, Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Ratu Cantik Rusia di Moscow pada 22 November. Ratu Cantik Rusia bernama Oksana telah masuk Islam pada awal tahun ini dan nama Islamnya ialah Rihana Oxana Gorbatenko.

Menurut kenyataan di Daily Mail, "Oksana adalah seorang model. Dia bekerja luar negara dan dia telah berjumpa dengan Yang Di-Pertuan Agong 18 bulan yang lalu di Europe.