Header Ads

Bayi Baru Lahir Cacat Telinga, Gara-gara Si Ibu Gilakan Produk Kecantikan Online Yang Mengandungi Isotretinioin



'Trending' jualan produk secara online yang bersepah di semua laman sosial tidak kira Facebook, Instagram dan Twitter. Lebih-lebih lagi kaum wanita yang taksub dengan iklan kosmetik atau produk kecantikan yang menjanjikan 'kulit cantik halus mulus dalam 3 hari'. Wajib anda tahu bahawa semua itu adalah jaminan yang tidak masuk akal sekiranya anda tiada ilmu tentang kandungan produk tersebut tidak kira dalam bentuk kapsul atau sapu. 

Lebih-lebih lagi sekiranya kandungan produk mengandungi ubat terkawal yang pakar perubatan sahaja tahu sukatan yang boleh diambil oleh pengguna bukan ikut sesuka hati lantas mendatangkan 1001 keburukan termasuk kepada zuriat yang dikandungkan.

Kisah benar perkongsian daripada Public Health Malaysia, seorang bayi yang baru dilahirkan dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kecacatan telinga.

Cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya boleh di lihat dengan jelas. Manakala telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan TIDAK mempunyai lubang telinga.

Siasatan lanjut mendapati ibu bayi malang tersebut telah menggunakan produk Isotretinioin selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil. Keadaan ini di namakan sebagai Isotretinin Embryopathy.





Menurut pakar lagi, selain kecacatan telinga, kecacatan lain yang boleh berlaku adalah;

Tulang dan struktur wajah
Sumbing
Masalah sistem saraf

Oleh kerana risiko TERATOGENIK iaitu kecacatan pada bayi, ubat yang mengandungi bahan aktif Isotrenionin perlu di kawal dengan ketat dan WAJIB mendapat pemerhatian doktor sebelum dan semasa di gunakan.

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang penjualan ubat terkawal produk Acnotin yang dijual secara dalam talian sama ada melalui media sosial.

Tanpa mendapat rujukan doktor dan tahu mengenai risiko TERATOGENIk kepada bayi, penjual BERANI menjual produk ubat terkawal ini secara online dengan berleluasa. Bagi meyakinkan pelanggan, testimoni di gunakan untuk membuktikan keberkesanan produk.



Public Health Malaysia Minta Jualan Terlarang Ini Perlu Diadukan Kepada Pihak Berkuasa 

Antara jualan online terlarang terhadap produk 'Acnotin' di masa kini melalui laman sosial, dan sepatutnya diadukan kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan :







Maklum balas dari orang awam & PHM










Fakta Wajib Tahu

☑️ Bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin


☑️ Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.


☑️ Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar


☑️ Isotretinoin mempunyai kesan sampingan TERATOGENIK dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.


☑️ Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.



Tindakan KKM

KKM telah menubuhkan satu ‘task force’ yang berfungsi untuk melakukan ‘Internet-activity analysis’ termasuk memantau dan menyiasat mana-mana aktiviti penjualan produk farmaseutikal secara dalam talian termasuklah produk Acnotin.


Sehingga kini, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia seperti sekatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Kesedaran Pengguna

Kegilaan wanita terhadapat kecantikan sememangnya luar biasa.

Sebelum ini, banyak perkongsian mengenai produk yang mengandungi merkuri yang sememangnya di ketahui menjejaskan buah pinggang dan memberi kesan kepada perkembangan otak anak anak.

Informasi kami kongsikan, terserah kepada kebijaksanaan anda untuk mebuat pilihan menjauhi apa jua produk untuk kecantikan bertoksik.



Aduan & Pertanyaan 

☑️ Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my

☑️ Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200

☑️ Semak status produk di http://npra.moh.gov.my/ ATAU hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

Sumber : Public Health Malaysia 

No comments

Powered by Blogger.
a