Header Ads

"Dulu aku judge Neelofa tapi sekarang ..." - Netizen kagum dengan sikap murah hati Neelofa, ingin bantu misi Syria Heliza Helmi



Bagi mereka yang follow Instagram Nur Heliza Helmi, bekas peserta Gema Gegar Vaganza ini pasti tahu Heliza kini aktif melibatkan diri dalam misi bantuan di Palestin dan Syria.

Baru-baru ini dan sehingga kini Heliza bersama adiknya, Hazwani Helmi sertai Misi Kecemasan Musim Sejuk Rescue Syria. Mereka sudah pun berlepas ke Syria hampir 3 hari lepas dan sekarang gigih mencari dana untuk bantu mangsa di sana.




A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on
Hari ini, Heliza ada dedahkan sesuatu yang menarik tentang pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa. Melalui perkongsian di instastory Heliza, usahawan berjaya itu telah menghantar private message kepadanya di Instagram untuk bertanyakan bagaimana caranya untuk sama-sama membantu mangsa di Syria. 


'I want to help untuk misi Syria' - Neelofa



Heliza juga memberitahu pengikutnya di Instastory tersebut bahawa dia juga saksi kepada Neelofa yang ringan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan bersama keluarganya.



“Dulu aku salah seorang yang judge time Neelofa launchtudung dekat club. But…” - Netizen
Ternyata ig story dari Heliza tentang Neelofa ni telah membuka mata banyak pihak akan keperibadian pelakon tersebut yang ramai tak tahu.
Dulu mungkin ramai yang mengecam usahawan ini gara-gara launchtudung di Zouk, tapi sekarang nampaknya netizen salute dengan semua perkara yang dilakukan Neelofa.






Neelofa mengajak pengikutnya untuk sama-sama memberikan bantuan

Bagi yang ingin menderma, korang boleh saja ke laman Tabung Syria ini dan beri sumbangan seikhlas anda. Selain itu, korang boleh juga salurkan sumbangan ke Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) di nombor akaun 562834636987. 

Sumber : Instagram

No comments

Powered by Blogger.
a