Header Ads

(GAMBAR) Pertunangan Bella Dally dengan ahli perniagaan, selepas 8 bulan bercerai dengan Nazim Othman



Pelakon dan model, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 28, memuat naik gambar pertunangannya dan mengakui telah bertunang pada 12 Januari lalu di kediaman keluarga Bella, di Kota Kinabalu, Sabah.

"Jangka apa yang tidak diduga, percaya dengan perjalanan hidup yang telah ditentukan. Terima apa yang sudah ditentukan".

"Assalamualaikum semua, saya sudah bertunang pada 12 Januari lalu. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan menyokong saya selama ini."

Bella juga memuat naik gambar pertunangannya dengan memakai busana cantik serba kuning lembut dan menganggap ianya adalah lambang sinar dan kebahagiaan.




Menurut laporan mstar, Bella sudah mempunyai pengganti dan menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan bernama Arif berusia 34 tahun dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini juga.


Bella Dally dan Arif, seorang ahli perniagaan









Bella Dally pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 dan jodoh tidak berpanjangan mereka berpisah pada 2 Mei 2018 iaitu kira-kira 2 tahun bergelar suami isteri dan tidak dikurniakan cahaya mata.



Sumber : Bella, mstar 

No comments

Powered by Blogger.
a