Header Ads

"Tak Pernah Sekali Pun Mak Bangun Masak Sahur Sorang-Sorang, Pasti Ayah Akan Teman" - Kisah & Surat Cinta Ini Membuktikan 'Cinta Sejati' Itu Wujud


Bibit-bibit percintaan pasti bermula dengan gajet ataupun jumpa bertentang mata. Lain pula kisahnya, pasangan ini yang saling berutus surat sejak tahun 70-an lagi. Pasangan ini menjadi inspirasi buat anaknya, Hani yang memuat naik kisah 'cinta sejati' antara arwah bapanya dan ibunya yang tercinta di laman Twitternya dengan menggunakan nama @hani_camin. Perkongsian Hani tersebut telah mendapat lebih 31 ribu retweets dan  25 ribu likes. Ternyata, ramai yang terharu dengan hubungan ibu dan bapanya itu.

Apa yang mengagumkan, arwah bapa Hani sentiasa membawa surat-surat itu dalam begnya pada suatu ketika dahulu.

Jarang-jarang kita dengar kisah benar tentang cinta sejati hinggalah Hani menceritakan kisah kedua ibu bapanya hanya dengan berutus surat untuk berhubung dan ternyata cinta sejati itu benar-benar wujud dan kisah cinta sejati mereka diuji seketika kerana bapanya dijemput Ilahi, namun kasih dan cinta ibunya terhadap suami tetap utuh.

Ikuti thread penuh tersentuh hati di bawah ini.

Menurut gadis itu, sepanjang 40 tahun ibu dan bapanya berkahwin, tidak pernah sekali pun ibunya bangun sendirian dan memasak untuk juadah bersahur mereka. Walaupun bapanya tidak tahu memasak namun dia sentiasa setia menjadi peneman ibunya kala memasak.



Walaupun sudah 5 tahun pergi, ibunya sentiasa teringat-ingat akan arwah bapa.
Bahkan pernah satu ketika Hani memberitahu bahawa ibunya mengaji kerana ingin berkongsi pahala yang diperoleh bersama dengan arwah bapanya.

Bukan itu sahaja, gadis itu turut berkongsi kejadian sehari sebelum bapanya meninggal dunia, yang mana bapanya sempat berkongsi seulas cempedak dengan ibunya. 



Bukan itu sahaja, ibu bapanya juga sering berutus surat kepada satu sama sama lain semenjak dari tahun 70-an lagi.

Arwah bapa akan sentiasa usung surat-surat itu kemana sahaja di dalam begnya.

Mak rindukan abah lebih lagi :')


Abah balas surat siap letak dalam sampul & setem  



Atas permintaan ramai, Hani turut berkongsikan salah satu kandungan daripada surat-surat itu dalam rangkaian Twitternya.





Antara komen-komen para netizen yang merasakan kedua ibu bapa Hani adalah pasangan 'cinta sejati' dan berpendapat bahawa arwah bapanya adalah 'real man' kerana begitu menghargai insan bergelar wanita dari segi layanan kepada isterinya itu.













Sumber : Twitter Camin

No comments

Powered by Blogger.
a