Header Ads

5 Gaya Tudung Selebriti Yang Boleh Tiru Di Pagi Aidilfitri Nanti.


Berdasarkan pemerhatian, kaum Hawa memerlukan sekurang-kurang 1 jam di hadapan cermin memastikan gaya tudung adalah bersesuaian dengan baju rayanya.Salah satu kerisauan, kemusykilan dan kebimbangan paling besar kaum Hawa di pagi Hari Raya Aidilfitri ialah gaya tudung mana yang perlu diapplikasikan.

Confirm akan ada satu dua gaya yang membuatkan anda tertarik. Ha, nanti bolehlah tiru dan gayakan di hari raya kelak. Confirm anda akan tampil jelita, menawan dan memukau seperti selebriti-selebriti ini.

Jadi untuk memudahkan anda di pagi Aidlifitri kelak, kami bawakan beberapa gaya tudung daripada para selebriti tanah air yang pastinya memberikan inspirasi kepada anda.

1.Elfira Loy


Lagi sedap mata memandang kerana tudung yang digayakan menutup sehingga bahagian dadanya. Memang calon menantu pilihan.Melihat keayuan wajah Elfira Loy apabila bertudung. Memang menyerlahkan lagi kelembutannya sebagai seorang wanita.  

2.Bella Dally


Warna tudung amat penting. Pilih warna yang bersesuaian, tidak terlalu contrast dan paling penting, mempunyai kombinasi sempurna dengan busana raya anda.Bella Dally nyata bijak memilih warna tudung yang “matching” dengan baju rayanya, sekaligus menyerlahkan lagi kejelitaan wajahnya.

3.Neelofa


Pastinya anda akan menjadi tumpuan ramai di pagi Aidifitri kelak. Silap-silap terus bertemu jodoh dengna si dia. Gaya ini menunjukkan bahawa anda seorang yang berani, bebas dan tidak gentar melaklukan perubahan.inginkan kelainan dan berani tampil unik, cubalah gaya turban dari Neelofa ini.

4.Nurul Izzah


Gaya tudungnya begitu simple, mudah dan selesa menyerlahkan ciri-ciri seorang wanita yang penuh ketabahan, kecekalan dan mudah didampingi.Tak lengkap rasanya jika tidak meletakkan gaya tudung Yang Berhormat Nurul Izzah sebagai inspirasi untuk kaum Hawa di luar sana. 

5.Nur Fazura


Banyak gaya tudung yang cukup memikat digayakan oelh Fazura sepanjang bulan Ramadhan ini. Anda boleh tengok kesemuanya di Instagram pelakon ini dan pilih mana satu gaya yang sesuai dengan anda.

FACEBOOK KIM SKIN

No comments

Powered by Blogger.
a