Header Ads

Lelaki maki promoter bir mohon maaf, “Saya amat menyesal dengan tindakan saya”



Tular di media sosial video dengan durasi selama 46 saat seorang pelanggan lelaki telah memaki seorang promoter minuman keras, susulan identiti lelaki terbabit didedahkan.

Promoter wanita itu kelihatan tenang walaupun tindakan pelanggan lelaki itu mendesaknya bercakap dalam Bahasa Melayu kerana katanya ini adalah "Bumi Melayu". Tambahan lagi, ketika lelaki berkenaan memarahinya dan mendesak mahu mengetahui sama ada dia mempromosikan bir itu kepada semua orang termasuk orang Islam, promoter itu tetap kelihatan tenang.

Apa yang menimbulkan ketidakpuas hati Netizen adalah kerana lelaki itu kemudian menunjukkan isyarat lucah dan melayan promoter itu secara kasar sebelum beredar. Susulan insiden tersebut, lelaki tersebut dikecam di atas tindakannya, dan memuji gadis berkenaan kerana pendiriannya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, orang ramai juga tidak boleh berkongsi gambar atau butiran kanak-kanak itu, seperti sekolahnya. "Sekolah adalah untuk semua kanak-kanak. Kita tidak sepatutnya membenarkan mana-mana pelajar didiskriminasi atau dibuli," katanya.

"Mari kita hapus kebencian dan jangan serapkannya ke sekolah." Nie Ching berkata, apa yang dilakukan oleh pelanggan tersebut sememangnya tidak wajar, dan promoter berkenaan tidak seharusnya dilayan sedemikian.

"Jadi, mari kita ambil penganjaran daripada (promoter minuman keras) dan tidak mengulangi kesilapan (pelanggan berkenaan)," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA membuat laporan polis berhubung tindakan lelaki tersebut pada Selasa.

Ketuanya, Datuk Heng Seai Kie berkata, Wanita MCA kecewa isu-isu perkauman dan keganasan terhadap wanita masih berlaku di era Malaysia Baharu.

"Wanita MCA mahu menekankan bahawa kita tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbuatan membuli terhadap wanita.

"Kita menggesa pihak berkuasa untuk bertindak terhadap lelaki itu dan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Subseksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948," kata Heng dalam satu kenyataan, Selasa.

Seai Kie memuji promoter terbabit yang kelihatan tenang berdepan dengan kritikan, dan turut menasihatkan rakyat Malaysia mengamalkan kesederhanaan untuk memelihara keharmonian, keamanan dan perpaduan negara.



Walau bagaimana pun, lelaki yang memaki promoter wanita tersebut telah meminta maaf secara terbuka di laman sosial facebook selepas dikecam orang ramai atas tindakan yang dianggap melampau dan biadap tidak menunjukkan keharmonian sama sekali.

Lelaki yang lebih dikenali sebagai Edi Rejang membuat permohonan maaf di halaman Facebooknya pada malam Selasa. “Saya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia terutama kepada promoter perempuan tersebut. “Saya akui kesalahan saya dan amat menyesal di atas tindakan saya terhadap promoter tersebut,” katanya. 

Dia turut berharap agar isu berkenaan tidak seharusnya dipanjangkan oleh mana-mana pihak selepas ini. “Saya telah bertemu dengan Ahli Parlimen DAP (Kepong), YB (Yang Berhormat) Lim Lip Eng dan telah membuat permohonan maaf kepada pihaknya.

“YB Lim juga mengatakan akan membuat satu perjumpaan dengan promoter perempuan tersebut secepat mungkin,” tambahnya. 

Insiden itu membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia, di mana Lip Eng kemudian membuat desakan supaya polis mengambil tindakan tegas terhadap lelaki berkenaan. Lip Eng yang membuat laporan di Balai Polis Ampang pada Selasa berkata, pihak berkuasa perlu mencegah ketegangan kaum di negara ini yang semakin berleluasa.

Sumber : mstar









No comments

Powered by Blogger.
a