"Tiada Siapa Boleh Ganti Dia" - Isteri Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Ketika Bersalin
![]() |
SANGAT menyentuh hati apabila seorang suami kehilangan isteri tercinta akibat komplikasi sewaktu melahirkan zuriat yang ke-empat. Ajal menemui isterinya manakala bayi perempuan seberat 1.9Kg berjaya dilahirkan dan diselamatkan. Apakah perasaan si suami dan anak-anak apabila ketiadaan isteri dan ibunya tak tergambar rasanya perasaan mereka dengan kehilangan mengejut ini. Ini adalah perkongsian di laman Twitter hari ini oleh photographer maternity mereka.

“No one can replace her”— Muna (@MunaRahimah) November 19, 2018
Ayat yang keluar dari mulut suami arwah.
Memang takkan ada sebab arwah kak ad’lean baik sangat. Sentiasa senyum :’)
Al Fatihah untuk arwah kak Ad’lean binti Mohd Yusof yang baru sahaja meninggal tadi kerana komplikasi semasa bersalin. pic.twitter.com/6eLpefHRW9
Seusai bacaan yaasin untuk arwah, anak-anak masih belum faham dan sedar ketiadaan ibunya :'(
"Kami suami isteri saling melengkapi, saling menyayangi"
"Suami memang sayang sangat dekat akak, dan semua kemahuan dia turuti"
Paling menyedihkan, photoshoot new born baby yang ditunggu-tunggu oleh arwah tidak sempat dilakukan kerana ajal menjemput arwah terlebih dahulu.
Ini adalah post terakhir arwah menghargai pemberian Tuhan dikurniakan 4 cahaya mata dan memohon maaf ketelanjuran kata terguris hati sesiapa seakan-akan tahu ajal menunggu....Allahuakbar! Semoga arwah tenang di sana dan berada dalam kalangan orang beriman.
Sumber : Twitter Muna Rahimah
Post a Comment